
Bila datang musim mangga dan pokok pun banyak di rumah ada kala sampai tak tahu nak buat apa.
Supaya buah tak buruk atas pokok, elok awal-awal lagi mangga muda yang ada itu kita gunakan buat asam keping.
Selalunya untuk buat asam keping, kita gunakan asam gelugor. Tapi ramai tak tahu rupanya selain asam gelugor kita juga boleh gunakan mangga muda bagi menghasilkan asam untuk masakan ini.
Caranya dikongsi oleh Suez Tiez yang mempelajarinya daripada ibunya sendiri.
Cara buat asam keping guna mangga muda
Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa-apa jenis pun tak kisah).
Yang di bawah ini saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap.
Cara membuat:
1. Buah mangga muda dikupas dan dipotong nipis-nipis atau hiris kecil-kecil supaya senang kering.
2. Jemur di bawah panas terik. Jemur sehingga betul-betul kering.
3. Asam keping dari mangga yang dah kering ini simpan dalam botol kedap udara. Baru tahan lama.
Sumber Facebook Suez Tiez
Rahsia Peria Goreng Mamak Cepat Sold Out! Senang Jer Bahannya Gerenti Sedap!

Karela Fry atau mudah dipanggil peria goreng adalah salah satu makanan sampingan yang popular di restoran mamak. Untunglah kalau time pergi tu peria baru digoreng panas-panas lagi.. kalau silap time dapatlah yang dah lemau sikit. Peria goreng ini sedap dimakan bersama dengan nasi panas bersama kuah kari campur. Ia cukup popular di seluruh India utara, di India selatan ia dikenali sebagai kakarakaya goreng.
Peria sangat bagus dalam membantu menjaga kulit kita agar kelihatan segar dan bersinar jika dimakan dengan kerap, ia juga menjadikan sistem imunisasi tubuh lebih kuat disamping membantu orang yang mengalami sembelit dan banyak lagi.
Peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Bahkan hanya mendengar namanya sahaja akan membuatkan kita terasa kepahitannya. Tahu tak sebenarnya, nikmatnya buah peria di rasa pahitnya itu lah. Tetapi ramai yang tidak suka disebabkan rasa pahit itu. Sayur peria biasanya akan dimasak melalui pelbagai jenis masakan yang kena dengan rasa pahit sayuran tersebut. Buat mereka yang ingin merasakan kenikmatan sayur peria tetapi tidak ingin merasakan pahitnya peria tersebut, ini kami kongsikan cara yang sudah digunakan sejak dulu lagi bagi menghilangkan rasa pahit pada peria.
Cara menghilangkan rasa pahit peria:
- GARAM
Garam merupakan bahan dapur yang boleh mengatasi rasa pahit pada sayuran termasuklah peria. Bagaimana caranya? Potong peria kepada dua bahagian dan buang bijinya serta bersihkan selaput yang terdapat di bahagian dalamnya. Kemudian, hiris nipis peria tersebut. Tabur dan sebatikan garam secukupnya pada potongan peria tadi. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih menggunakan air yang mengalir. Peria tadi sudah sedia di masak mengikut selera anda. Anda juga boleh merebus sehingga empuk sayur peria tersebut dengan air yang ditambah garam. Setelah tapiskan air rebusan berkenaan, anda boleh mula memasak mengikut citarasa anda.
- GULA PASIR
Cara menggunakan gula pasir tidak jauh berbeza dengan menggunakan garam. Gaulkan peria dengan gula pasir. Cara ini akan menghilangkan rasa pahit peria itu. - DAUN JAMBU BIJI
Merebus peria dengan daun jambu biji akan membantu menghilangkan rasa pahit pada peria. Gaulkan terlebih dahulu peria tersebut dengan daun jambu biki sebelum rebus sekurang-kurangnya lima minit atau sampai peria setengah matang.
Resepi Peria Goreng
Bahan:
- 3 buah peria dikupas dan dipotong menjadi bentuk cincin
- garam – secukup rasa
- ½ sudu serbuk kunyit
- 2 sudu besar minyak
- ¾ sdt Serbuk cili merah
- ¾ tsp daun ketumbar panggang
- daun ketumbar dicincang untuk hiasan.
Cara-cara:
- Potong peria dalam bentuk bulat (terpulang)
- Tambahkan sedikit garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk dan gaulkan.
- Masukkan minyak dalam kuali yang panas.
- Masukkan peria dan tumis selama lima minit.
- Kacau dan tumis sehingga warna coklat diperolehi.
- Masukkan serbuk cili merah dan serbuk biji ketumbar panggang.
- Tumis sehingga ia menjadi rangup.
- Hiaskan dengan daun ketumbar cincang.
- Peria goreng sudah siap !!!
Sumber: selerarasa.com & Google (gambar)
yummyindiankitchen.com
Jenis-Jenis Tepung Beras Yang Ada Dijual Di Pasaran & Kegunaannya.

Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai.
1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
- Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhal.
2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
- Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
- Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental.
4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
- Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup.
Kredit petua & foto: Wan Jamiah
Link asal: https://goo.gl/AfpGmr
4 Jenis Pastri Dan Kesesuaian Menu Yang Boleh Dibuat Darinya.

Perkataan pastri kata asalnya dari paste yang bermaksud campuran tepung gandum, air dan lemak/ mentega. Tapi pastri ni ada banyak jenis yang bersesuaian untuk produk pastri yang mahu dibuat.

Mudah kata ada yang menggunakan ragi atau yis dan ada juga yang tidak menggunakan ragi. Tetapi umumnya produk pastri bertekstur ‘crispy’ dan adunan yang tidak kalis . Pembuatan pastri sebenarnya adalah pelbagai adunan yang dibuat mengikut menu pastri yang mahu dihasilkan.
Namun ada juga yang adunan yang kalis (padat) saat dicanai seperti pastri lapis, yang digunakan untuk membuat croissant dan Danish pastri
Nah ini dia 4 jenis asas pastri yang patut anda ambil tahu :
1. PASTRI LAPIS @ PUFF PASTRY

Puff pastry merupakan pastri yang memiliki adunan tanpa ragi. Adunan puff pastry disusun berlapis oleh adunan dasar dan lemak @mentega roll in (pelapis). Ciri utama pastri lapis adalah kepada cara pembuatannya yang dilipat dan dicanai berulang kali. Dengan diselangi penyimpanan dalam peti sejuk

Pastri lapis seharusnya mengembang naik, memiliki kulit yang rapuh, crumb yang lembut, aroma yang baik, dan biasanya kurang manis dibanding produk bakeri yang lain. Adunan menteganya lebih banyak dari tepung.
2. PASTRI PHYLLO @ FILO

Phyllo merupakan adunan doh yang sangat tipis dan halus sehingga harus dibuat dengan hati-hati. Ia tidak menggunakan ragi atau serbuk.
Kredit foto : cafehops.com
Ia tidak menggunakan ragi atau serbuk.Ia adalah doh yang digunakan dalam manisan atau pastri dari negara Timur Tengah dan Negara-negara Balkan. Contohnya baklava.
3. PASTRI RAPUH @ SHORT CRUST PASTRY
Kredit foto : taste.com.au

Pastri rapuh adalah jenis pastri yang sering digunakan untuk dasar atau kulit tart, quiche, meringue lemon atau pie. Adunan tepungnya lebih kurang sama banyak dengan mentega
4. PASTRY CHOUX
Choux pastry bertekstur lembut dan kosong atau berongga di bahagian dalamnya, sehingga dapat diisi dengan pelbagai aneka rasa dan intin.Adunan tepung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan.

Ia adalah pastri ringan yang menjadi asas kepada pembuatan churros, krim atau kastard puff , profiterols dan eclaire. Adunan tepung bergantung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan.
Sebenarnya ada lagi jenis pastri yang lain tapi yang empat di atas adalah di antara jenis pastri utama.