Bila datang musim mangga dan pokok pun banyak di rumah ada kala sampai tak tahu nak buat apa.
Supaya buah tak buruk atas pokok, elok awal-awal lagi mangga muda yang ada itu kita gunakan buat asam keping.
Selalunya untuk buat asam keping, kita gunakan asam gelugor. Tapi ramai tak tahu rupanya selain asam gelugor kita juga boleh gunakan mangga muda bagi menghasilkan asam untuk masakan ini.
Caranya dikongsi oleh Suez Tiez yang mempelajarinya daripada ibunya sendiri.
Cara buat asam keping guna mangga muda
Ads
Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa-apa jenis pun tak kisah).
Yang di bawah ini saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap.
Ads
Cara membuat:
1. Buah mangga muda dikupas dan dipotong nipis-nipis atau hiris kecil-kecil supaya senang kering.
2. Jemur di bawah panas terik. Jemur sehingga betul-betul kering.
Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu perkongsian dari saudara Abdul Muhaimin Mahfuz.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
1. Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya. Pastikan bakar dengan api terus seperti dalam gambar atau guna kayu api pun boleh.
3. Bakar hingga betul-betul rentung seperti ni. Cara untuk tahu kaki lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah dan agak susah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas. Boleh guna tukul, pisau dan sebagainya untuk memudahkan kerja.
4. Kaki lembu yang telah siap dibersihkan.
5. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya senang dimasak, mudah lembut dan senang dimakan. Hanya potong guna pisau kerana bahagian ni lembut.
6. Bersihkan kaki lembu dengan membuang kesan-kesan arang. Kemudian bolehlah direbus dengan api sederhana selama 4 jam. Boleh juga guna periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak.
7. Masak hingga kaki dan urat menjadi lembut.
8. Kemudian bolehlah masukkan aneka bahan-bahan sup yang lain mengikut resipi kegemaran anda.
9. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Masalah bari-bari yang menghurung buah atau sayur di dapur memang merimaskan terutama bila jumlahnya banyak. Nak masak pun tak senang.
Dalam masa yang sama kebanyakan kita juga tak tahu cara untuk menghapuskan ulat kecil ini. Bagi menyahkan bari-bari ini sebenarnya ada cara mudah yang boleh kita lakukan secara DIY.
Caranya adalah dengan menyediakan bancuhan tiga bahan dapur mudah untuk diletakkan di dapur. Bancuhan ini akan menarik perhatian bari-bari sekaligus menghapuskannya.
Tip ini dikongsi oleh Daisyjiejie di akaun TikTok beliau.
1. Caranya sediakan;
-Gula
-Cuka putih
-Cecair pencuci pinggan
2. Sediakan bekas bancuh semua bahan ini hingga larut.
3. Letakkan bekas bancuhan ini di sudut dapur. Bancuhan ini akan menarik bari-bari untuk menghurung kerana adanya rasa manis dari gula dan bau seperti buah reput. Manakala cecair pencuci pinggan yang likat akan memerangkap terus bari-bari di dalamnya.
Kek kini bukan sekadar pencuci mulut, ia jadi simbol sambutan, kejutan, dan hadiah kasih sayang. Tapi dalam dunia bakeri moden yang mementingkan rupa, terlalu banyak kek cantik di luar sana yang sebenarnya tak selamat untuk dimakan. Ramai tak tahu, ada bahan, teknik dan hiasan yang nampak eksklusif tapi menyimpan risiko kesihatan.
Berikut ialah 7 red flags penting yang patut diperhatikan oleh sesiapa sahaja, tak kira pembeli, peniaga mahupun peminat kek. Kalau ada salah satu tanda ni… mungkin elok fikir dua kali sebelum makan.
Ramai suka tengok kek dihias dengan ros, lily, hydrangea, baby’s breath. Tapi, kebanyakan bunga ini beracun, ada racun serangg atau tak diluluskan untuk kegunaan makanan. Kalau nak guna, pastikan bunga tersebut edible-certified atau sekurang-kurangnya berlapik dan selamat disentuh makanan.
Krim kek biru neon, pastri kuning menyala, atau biskut merah pekat. Memanglah nampak “Instagrammable”, tapi, ini tanda penggunaanpewarna tiruan berlebihan. Sesetengah pewarna macam Rhodamine B atau Sudan Red dah lama dilarang dalam makanan.
Lebih selamat guna pewarna semula jadi atau gred makanan sahaja.
Kek krim yang dipamerkan tanpa peti sejuk berjam-jam? Krim dairy seperti whipped cream, cheese frosting atau buttercream mudah rosak dan jadi tempat pembiakan Salmonella & Listeria bila berada di luar lebih dari 2 jam. Kek krim wajib disimpan bawah 5°C selepas dikeluarkan.
Trend kek eksklusif disembur glitter, metallic shine, dan pearl dust makin popular. Tapi, ramai tak tahu bahawa banyak produk ini bukan untuk dimakan pun! (non-toxic ≠ edible). Ada yang mengandungi logam berat atau mikroplastik. Oleh itu sentiasa semak label “edible” sebelum beli kek jenis ni.
Kek yang nampak ‘moist’ bukan alasan untuk dibiarkan ‘banjir’.
Apabila topping meleleh hingga kek lembik, ini boleh sebabkan kulat dan bakteria cepat membiak, terutama jika disimpan lebih dari sehari. Kek perlu lembap, bukan berlecak.
Selalu kita nampak kek di gerai dibiarkan terbuka. Peluang kena habuk, lalat hinggap, orang bersin adalah tinggi. Ini bahaya besar. Petanda penjual tidak pedulikan aspek kebersihan. Risiko pencemaran silang sangat tinggi. Kek sepatutnya disimpan dalam bekas tertutup atau dilindungi sepenuhnya.
Admin tak tulis semua ni untuk takutkan orang. Tapi sebagai yang sudah lama dalam bidang kulinari, admin rasa bertanggungjawab untuk ingatkan:
Kek bukan sekadar sedap dan cantik – ia makanan yang masuk ke tubuh, kena selamat 100%.
Jangan biar trend visual cantik membutakan kita dari risiko kesihatan sebenar.
Lain kali apabila tengok kek cantik… tanya dahulu: ‘Ni selamat ke dimakan?’ Pertanyaan ini memang mengundang bengang penjual, tapi kalau kita nak selamat, baik tanya dahulu atau jangan beli langsung jika ada keraguan.
Chop! Baca ni. Anda seorang BAKERS? Jom sertai Komuniti Bakers RASA Digital Homebakers Showcase & ia adalah PERCUMA!
Baking lebih senang dengan Tepung Kek ni. Confirm naik elok setiap kali!
Ada caranya untuk membersihkan lendir dan hilangkan bau hanyir pada ayam segar yang dibeli. Bukan apa, jika ayam tak dicuci dengan bersih, memang akan berbau dan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.