Malaysia #QuranHour 2024 bertemakan “Jiwa Merdeka Memaknai Rukun Negara” bakal dianjurkan pada 30 Ogos 2024 nanti dengan berpandukan surah al-Jumu’ah dan al Hujurat.
Penganjuran seumpamanya ini sudah memasuki sedekad dan kali ini bakal menyaksikan gelombang besar dan kuat dengan sokongan rakan sinergi media gergasi dan rakan strategik lain.
Satu majlis taklimat sinergi telah diadakan oleh penganjur iaitu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada hari ini (7 Ogos 2024). Majlis dihadiri oleh para pengamal media besar baik media cetak, penyiaran dan digital.
Ads
Antara yang terlibat adalah Astro Oasis, TV Al-Hijrah, TV9, Astro Awani, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, NU Ideaktiv, IKIM, Media Prima, NSTP, Zayan FM dan Denaihati.com
Program hebat ini membabitkan penglibatan orang ramai membaca, faham dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Ia akan diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari Masjid Zainal Abidin , Putrajaya pada jam 10 pagi ingga 11 pagi, 30 Ogos 2024 dan RTM sebagai penyiar utama.
Kredit foto: Wikipedia
Dalam satu wawancara, Puan Marhaini, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, menyatakan kesyukuran atas penglibatan dan sokongan tidak berbelah bahagi agensi media, kerajaan, korporat, NGO dan institusi pendidikan yang selama ini menjadi tulang belakang gerakan ini. Secara tidak langsung menjadi agen penyatuan rakyat.
Ads
Puan Marhaini, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF
Buat makluman, semenjak 2015 iaitu tahun titik permulaan kempen #QuranHour iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour telah mencatat 7.3 bilion capaian sosial dan 76 negara.
Tema yang dibawakan kali ini amat bertepatan dengan sambutan hari kebangsaan Malaysia. Bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara membawa pengertian hidup kita hanya untuk perhambaan kepada Allah SWT sahaja bukannya kepada manusia atau perkara lain.
Ads
Menurutnya lagi, surah al-Jumu’ah dijadikan panduan dan penyelesaian umum bagi mengangkat nilai-nilai murni dalam agama Islam, manakala surah al-Hujurat amat sinonim dengan akhlak dan adab manusia yang baik dan perlu direalisasikan untuk kesejahteraan hidup masyarakat dan negara.
Kepada semua masyarakat umum, jangan lupa bersama-sama sertai Malaysia #QuranHour yang bakal dianjurkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan bersiaran langsung menerusi RTM pada 30 Ogos 2024 jam 11 pagi.
Jumpa disana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Sambil menyediakan hidangan, mereka turut berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini. Antara selebriti yang memeriahkan dapur Rasa Mak Ajar Masak ialah Nubhan Ahmad, Didie Alias, Abby Abadi, Ain Edruce, Uyaina Arshad, Azad Jasmin, Shasha Abedul, Nabila Razali dan ramai lagi.
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamt mencuba!
Musim durian tiba lagi, bila makan sudah tentu risau dengan bau durian yang kuat. Malah baunya boleh berlarutan sehingga beberapa jam. Sendawa pun keluar bau durian.
Tapi tak perlu risau kerana jenama pengkumur mulut, Listerine® yang terbukti secara klinikal yang berkesan dapat membunuh kuman yang mengakibatkan mulut berbau, plak dan masalah gusi sehingga 99.9%, kini anda dapat menikmati durian tanpa perlu risau tentang “nafas durian”.
Stephen Tiu, Pengurus Besar Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura mengakui bahawa dengan perisa aromatik hidangan Malaysia yang kuat, kepentingan untuk memastikan nafas segar dan kebersihan mulut adalah penting. “Kami menyedari kepentingan penjagaan mulut dan kebersihan yang baik dapat memberikan jaminan untuk mempunyai nafas segar dan dengan kewujudan Listerine yang berkesan membolehkan kami menikmati makanan dengan yakin, tanpa menjejaskan kesihatan mulut.”
Pocket Mist
Terdapat pelbagai pilihan produk Listerine® yang tersedia bagi memudahkan rutin penjagaan mulut. Dari perisa terhad seperti Buah Pomelo & Buah Markisa atau Lidah Buaya (Aloe) & Timun hingga manfaat yang bersasaran seperti Total Care dan Healthy White, Listerine® memastikan keperluan penjagaan mulut pengguna dipenuhi. Bagi individu yang lebih suka rasa yang lebih ringan dengan kurang sensasi kepedihan, Listerine® juga menawarkan versi yang kurang intensif dan sifar alkohol. Selain itu, Listerine® Pocket Mist diperbuat untuk individu yang sentiasa bergerak dan memerlukan penyegaran segera: semburan oral bersaiz mudah dibawa dan menghapuskan 99% kuman yang menyebabkan nafas berbau!
Peluang menang Kenduri Durian
Berita baik juga untuk penggemar durian, tahun ini, Listerine® kembali dengan peraduan “Swish & Win”, yang dianjurkan dengan kerjasama Watsons Malaysia. Sertai untuk memenangi hadiah bernilai RM15,000, termasuk kenduri durian yang menakjubkan dan baucer GrabFood!
Cara Menyertai:
Langkah 1 – Beli RM30 & ke atas produk Listerine® dalam satu resit di Watsons.
Langkah 2 – Jawab soalan mudah: Apakah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan nafas berbau durian? Sebutkan satu produk Listerine®.
Langkah 3 – WhatsApp resit anda dengan <NAMA PENUH> <JAWAPAN> ke 016-208 3532
Hadiah:
10 x baucer Kenduri Durian bernilai RM1,000 setiap satu.
100 x baucer GrabFood bernilai RM50 setiap satu
Trak Jelajah di sekitar Lembah Klang!
Untuk membantu warga Malaysia menjaga nafas segar dan penjagaan mulut yang menyeluruh sambil menikmati Raja Buah, Listerine® turut membawa kedua-dua durian dan pengkumur mulut Listerine® ke lokasi terdekat anda. Pastikan untuk mengejar Trak Jelajah Listerine® dan mencuba keberkesanan dan kesegaran Listerine® sendiri!
Raja Berjiwa Rakyat. Itulah yang boleh digambarkan akan keperibadian Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jika semalam, YDPA Al-Sultan Abdullah bersama-sama turun padang meninjau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak PDRM di sekitar ibu negara, hari ini Raja Permaisuri Agong pula memasak juadah untuk disumbangkan kepada para doktor, jururawat dan petugas Hospital Sungai Buloh.
Menerusi instagram airtangan_tunkuazizah, baginda dilihat menyediakan beberapa juadah yang kemudiannya dibungkus dalam pek makanan. Nampak enak dan membuka selera kan?Pasti para petugas berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab.
Walau kepenatan, diharap dengan sajian istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong ini dapat memberi semangat buat para petugas hospital.
Menjunjung kasih dan terima kasih kepada SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan kami di Hospital Sungai Buloh.
Setakat hari ini, sebanyak 1183 kes dilaporkan di Malaysia dengan 8 kematian dicatatkan. Malah 114 kes telah sembuh. Jumlah yang membimbangkan dan mungkin akan lebih meningkat jika tidak ditangani dengan sempurna.
Oleh itu,ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-19 di negara ini.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.