Makan Sekali Pasti Nak Lagi, Karipap Udang Montok

Share

Bosan asyik makan karipap inti kentang atau keledek. Apa kata ubah inti udang yang sangat mudah tapi lazat. Serta beri kelainan pada bentuk karipap agar lebih comel dan montok.

KARIPAP UDANG MONTOK

BAHAN KULIT KARIPAP:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar majerin
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 3/4 cawan air biasa-jangan tuang semua agak-agak tidak melekat ditangan
  • 2 -5 batang daun bawang di hiris halus
  • 2 batang daun sup di hiris halus
  • Sedikit krim super/shortening
  • Minyak-untuk mengoreng

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Ayak tepung gaul dengan majerin jadi serbuk roti.
  2. Campurkan daun bawang dan daun sup.
  3. Larutkan garam dengan sedikit air. Tuang sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
  4. Sapu krim super dan uli hingga licin dan perap 10 minit dan baru timbang doh 20@25 gram. Gelek dan isi inti dan kelimkan.

 

BAHAN INTI:

  • 20-30 ekor udang- di buang kulit dan dipotong dadu
  • 2 ulas biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih dipotong dadu
  • 4 biji telur B
  • Garam dan serbuk cukup rasa
  • 1-2 biji lada besar merah-di dadu halus biji di buang
  • Sedikit lada sulah
  • Daun bawang dan sedikit daun sup dihiris halus
  • 1/2 batang lobak merah-di sagat memanjang
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan biarkan masak seketika.
  3. Selepasitu perasakan garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur sebiji-biji masak hingga sedikit kering.
  5. Akhir sekali masukkan lobak merah yang di sagat bersama daun sup, daun bawang dan lada merah.
  6. Kacau rata, taburkan sedikit lada sulah. Tutup api dan sejukkan.

CARA UNTUK KLIM KARIPAP:

1. Leperkan doh yang sudah dibulatkan. Letakkan inti udang di sebahagian permukan.

 

2. Terbalikkan sebelah bahagian bertemu dengan sebelah lagi satu seperti gambar dibawah.

 

3. Temukan hujung bucu karipap dengan bucu yang lagi satu.

 

4. Kelim karipap seperti biasa dan nampak ia bersambung antara bucu.

INFO: Boleh makan dengan sos pilihan anda atau sambal kicap.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: JJ Pau Mawar 

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

 

IKLAN