Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai ni. Setiap hari min pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Jadi hari ni RASAnak kongsi resipi perkongsian saudari Liza Idris. Ia antara salah satu menu yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. ‘Simple’ sangat. Bahan-bahannya pun senang didapati. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN KUAH: 1 biji bawang besar – kisar 5 ulas bawang putih – kisar 3-5 biji cili api – kisar 2 sudu makan cili kisar – beli online disini 2 sudu makan cuka – beli online disini 1 cawan air 5 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini 1 sudu maggie cukup rasa Sedikit hirisan bunga kubis dan lobak merah Daun sup dan daun ketumbar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Lumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan terlebih dulu.
3. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Boleh guna kembali sedikit minyak ikan goreng tadi.
Ads
4. Masukkan cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit dan pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap. Jika suka, boleh lebihkan jumahnya mengikut cita rasa.
6. Seterusnya masukkan cuka. Kacau lagi.
7. Masuk air. Empunya resipi letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.
8. Masukkan hirisan bunga kubis dan lobak merah. Kacau lagi sampai sayur sedikit lembut.
Ads
9. Perasakan dengan serbuk cukup rasa.
10. Tabur daun bawang dan daun ketumbar. Kacau lagi.
11. Kuah Sambal Kicap Pedas siap untuk dihidang.
12. Ambil kuah tadi dan simbah atas ikan siakap yang telah siap digoreng.
Ads
13. Sebelum di ikmati, tabur lagi daun bawang dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
Mengeluh sibuk tak sempat masak tapi nak makan sedap. Ok, ini idea bagus RASA nak kongsikan untuk selesaikan masalah. Kebetulan hujung minggu ni cuti panjang, jom kita berkarya di dapur dengan memasak pelbagai lauk pauk. Bukan nak kenduri ye, tapi kita pek dan frozenkan untuk lauk pauk seminggu.
Bila ada stok lauk pauk frozen, takdalah anda tergocoh-gocoh nak ke dapur di hari-hari bekerja. Balik dari kerja nanti anda hanya perlu masak nasi dan sayur je. Lauk sudah ada, Cuma panaskan lauk saja. Berikut empat menu lauk pauk berempah mudah dan sedap yang sesuai difrozenkan:-
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji kentang | belah empat
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan rempah kari
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaulkan ayam bersama garam dan kunyit.
Goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Diikuti pula dengan menggoreng kentang. Angkat dan ketepikan.
Seterus, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, diikuti dengan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau seketika baru masukkan ayam.
Tambahkan dengan kicap pekat manis, sos tiram air dan perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang.
Kecilkan api kacau rata seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KARI DAGING CAMPUR TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong kecil, cuci dan tos
1kg tulang
1 liter santan
3 biji kentang | belah empat
1/2 cawan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari |lurutkan dari tangkai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia
BAHAN KISAR:
1 biji bawang bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
2sm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika masukkan pula rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
Terus kacau hingga bahan tumisan pecah minyak.
Masukkan daging dan tulang, kacau hingga air daging keluar dan daging empuk.
Apabila air kering masukkan air asam Jawa dan diikuti santan serta kentang.
Biarkan mereneh lebih kurang 8-10 minit di atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila timbul minyak. Tutup api.
Kari sedia dihidangkan.
SUP TULANG CAMPUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg daging campur tulang | rebus sampai empuk
2 biji kentang | belah empat
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak | untuk menumis
Sedikit hirisan daun bawang dan sup
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumikan rempah penumis hingga naik bau.
Masukkan bahan hirisan, kacau hingga bertukar warna kekuningan.
Seterusnya masukkan rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak dan masukkan daging dan tulang yang telah direbus tadi, bersama airnya sekali.
Tambahkan air secukupnya dan masukkan asam gelugor, kentang dan lobak merah.
Kemudian perasakan dengan garam, gula, lada sulah secukupnya.
Biarkan mereneh lebih kurang 10 minit atas api sederhana.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato.
Sebelum hidangkan taburkan hirisan daun bawang dan sup.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis atau potong dadu
1kg santan
4 sudu makan kerisik
4 sudu makan pes cili kering
2 helai daun kunyit | mayang halus
3 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, kacau rata sehingga daging kecut dan airnya kering.
Masukkan santan, asam keeping dan serai yang telah dititik
Terus renehkan daging atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Apabila pekat tambahkan kerisik, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah kering, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Tutup api, rendang daging sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aiskrim Neapolitan homemade ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Malah bila tengok resipi perkongsian saudari Leeya Rosman ni, memang mudah serta tak guna banyak bahan. Bagi puan-puan yang ada anak kecil, elok sangat cuba buat aiskrim homemade ni. Jimat & lebih bersih. Kos pembuatannya pun murah je. Malah boleh kawal kandungan manisnya mengikut cita rasa masing-masing.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga gebu serta kental. Anggaran masa memukul lebih kurang 15 minit. 2. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 3. Satu bahagian dicampur dengan sedikit pewarna merah, warna putih dibiarkan pada warna adunan asal manakala untuk warna coklat, tambah milo dan sedikit pewarna coklat. Sebatikan.
4. Letak adunan aiskrim di dalam bekas yang bersesuaian. Bekukan selama 1 hari sebelum dinikmati.
Bihun goreng Singapore guna rempah sup? Ha jangan ingat rempah sup hanya untuk masak sup semata-mata, untuk buat bihun goreng pun boleh.
Rasanya memang sedap dan cukup rasasebab menurut empunyai resipi, bihun goreng Singapore yang dimasak cara ini dapat permintaan ramai hingga jadi jualan.
Tak rugi cuba kerana hidangan ini sesuai dimakan bila-bila sama untuk sarapan, minum petang, menu potluck pun boleh.
Resipi Bihun Singapore Guna Rempah Sup
Bahan-bahan
Sebungkus bihun -rendam dulu
Bawang merah dan bawang putih -dikisar
Minyak untuk menumis
Isi ayam -dipotong kecil
Rempah sup -3 sudu besar
Serbuk lada putih -secukup rasa
Serbuk lada hitam -secukup rasa
Sayur-sayuran ikut suka (carrot, sawi, tomato lagi sedap)
Hiasan -cili merah, daun sup, telur gulung atau telur cincang
Cara memasak
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah sup, tambah air sedikit dan biarkan rempah masak betul-betul.
3. Masukkan isi ayam dan carrot, biarkan sampai ayam masak sempurna.
4. Perasakan dengan serbuk lada putih dan lada hitam.
5. Masukkan bihun yang dah direndam. Kalau tak nak rendam, boleh lebihkan air dan masak bihun terus dalam rencah sampai air kering.
6. Gaul rata supaya rencah sebati dengan bihun.
7. Masukkan sayuran lain seperti sawi dan tomato kalau suka.
8. Akhir sekali, taburkan cili merah, daun sup, dan hidang bersama telur gulung atau telur cincang serta cili kicap.
INFO
Jika rempah sup yang digunakan sudah bergaram, tak perlu tambah garam. Jika kurang masin boleh tambah.
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!