Pemanis mulut seperti agar-agar dan laici kalau dimakan sejuk memang ketagih makan. Pastikan tersedia di dalam peti sejuk. Jom kita buat pusing laici untuk seisi keluarga. Ikut resipi yang dikongsi ini,satu adunan dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas. Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut cita rasa masing-masing. Kalau suka manis, boleh lebihkan gula. Ikut sukatan ni, tak manis dan tak tawar sangat.
Puding Laici Mama
Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
* campur semua bahan A, sebatikan dan letak tepi dahulu
Bahan B
Ads
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul
Cara membuat:
1.* didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
2.**bila bahan B sudah larut, kecil kan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih, nanti berketul, kemudian tutup api.
3.Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil. Lepas tu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair. Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras.
Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais.
Aneka agar-agar, puding dan jeli sering mengoda selera. Lembut, sejuk selain warna warni dan kepelbagai rasa menjadikan ia sesuai dijadikan juadah pencuci mulut dan menjadi pilihan untuk dihidangkan di majlis-majlis kenduri serta rumah terbuka. Bagi anda yang cuba hasilkan sendiri manisan buat tetamu yang datang berkunjung, resipi-resipi yang RASA kongsikan ini memang sangat sesuai. Selamat mencuba!
1. PUDING ROTI COKLAT SUSU
BAHAN-BAHAN:
8 keping biskut jagung
2 keping roti
300ml susu cair
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMASAK
Kisar roti, biskut jagung dan susu cair.
Masukkan telur dan susu pekat. Kisar lagi hingga licin.
Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.
Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko.
Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal.
Kukus hingga masak.
Angkat dan sejukkan.
INFO CHEF: Puding ini enak dihidangkan dengan sirup strawberi.
2. PUDING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar
10gm agar-agar
Sedikit perisa mangga
Sedikit pewarna kuning
200gm gula
1 biji buah mangga | isinya dipotong dadu
CARA MEMASAK:
Masukkan agar-agar , gula, susu dan masak hingga gula larut.
Masukkan perisa mangga dan pewarna. Kacau perlahan hingga mendidih.
Sediakan acuan dan tuangkan agar-agar di dalam.
Taburkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
INFO CHEF: Selain mangga anda boleh tukar buah lain yang bersesuaian atau masukkan nata de coco.
3. AGAR-AGAR RINTIK PANDAN
BAHAN A:
1/2 sudu makan agar-agar serbuk
250ml santan cair
1 sudu makan gula pasir
Sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
1/2 sudu besar agar-agar
500ml air
100gm gula merah
1 sudu makan tepung kastard campur 2 sudu makan air
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan keras.
Potong kecil-kecil dan biarkan sebentar.
Untuk menyediakan bahan B. Masak air, daun pandan, gula merah dan agar-agar hingga larut. Masukkan tepung kastard.
Masak hingga mendidih.
Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah berisi dengan potongan agar-agar tadi.
INFO CHEF: Bahagian A boleh diwarnakan ikut citarasa anda.
4. AGAR-AGAR ABC
BAHAN A:
10gm agar-agar
700ml air
180 gm gula merah
2 helai daun pandan
BAHAN B:
30gm agar-agar
1600ml air
1 tin susu cair
300gm gula
1/2 tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning
100gm kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu
100gm cendol campur sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Satukan bahan A, masak hingga mendidih.
Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
Satukan bahan B(air, agar-agar dan gula),masak sehingga larut.
Kemudian, masukkan susu, kacau rata.
Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian(satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol).
Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku.
Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku.
INFO CHEF: Campuran sedikit warna pada lapisan jagung, cendol dan kacang merah untuk memberikan seri warna pada agar-agar.
5. PUDING JELLY POLKADOT
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
500ml air
1/2 tin susu cair
100gm gula
1 sudu makan tepung kastard
1 1/2 sudu besar pati buah
Fruity jelly secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan air hingga larut.
Masukkan gula dan masak hingga larut.
Angkat dan masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastard. Masak seketika.
Susun jelly di dalam acuan dan tuangkan agar-agar perlahan-lahan.
INFO CHEF: Semasa masak bancuha susu cair dan tepung kastard gunakan api sederhana dan kecil agar tidak berketul.
6. PUDING JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
15gm agar-agar
700ml air
150gm gula
200ml susu cair | dikisar halus
1 tin kecil jagung | dikisar halus
1 sudu makan tepung kastard |dikisar halus
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula.
Masukkan susu cair, jagung dan tepung kastard. Sebatikannya, tuangkan ke dalam agar-agar dan masakkan seketika.
Tuangkan dalam acuan kemudian sejukkan.
INFO CHEF: Selain jagung anda boleh menggunakan laici dalam tin untuk resipi ini.
7. PUDING BUAH
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar
1 liter air
1 tin susu cair
200gm gula
200ml sirap buah koktel
2 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga larut.
Masukkan gula dan biarkan ianya mendidih.
Masukkan sirap, susu cair dan tepung kastard.
Masukkan buah koktel. Biarkan sebentar.
Tuangkan ke dalam acuan.
INFO CHEF: Untuk hidangan lebih sedap hidangkan puding ini bersama aiskrim vanilla
8. AGAR-AGAR KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
250ml air
750ml susu cair
200gm gula pasir
100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)
Sedikit pewarna (jika suka)
CARA MEMASAK
Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.
Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah.
Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
INFO CHEF: Anda boleh tukarkan susu dengan santan untuk rasa yang lebih lemak.
9. AGAR-AGAR BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
200gm buah naga |ambil isi dan blend
10gm agar-agar serbuk
125 gm gula pasir
900ml air
Sedikit esen ros
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Masukkan isi buah naga yang di blend dan biarkan ianya mendidih seketika.
Angkat dan masukkan esen ros. Tuangkan ke dalam acuan.
INFO CHEF: Selain buah naga, anda boleh gunakan buah-buahan lain.
10. AGAR-AGAR KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
1 cawan air
4 1/2 cawan air kelapa muda
3/4 cawan gula
Isi kelapa muda yang dipotong halus.
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan 1 cawan air hingga hancur.
Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
Campur air kelapa dan masak sebentar.
Tuangkan ke dalam bekas yang telah diisikan dengan kelapa yang dipotong halus.
INFO CHEF: Masukkan jeli ini dalam peti sejuk, keluarkan bila ingin menghidangkannya.
11. AGAR-AGAR CENDOL
BAHAN A : LAPISAN CENDOL
750ml air
170gm gula
10gm agar-agar
250ml santan
1 sudu makan tepung jagung
Cendol secukupnya
BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA
750ml air
250gm gula melaka | diracik halus
10gm agar-agar
250ml santan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A.Masak air, gula dan agar-agar hingga larut.
Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
Masak sebentar hingga mendidih.
Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
Biarkan ianya keras.
Untuk menyediakan bahan B.Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
Masukkan santan, kacau sebentar.
Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan cendol yang telah keras.
INFO CHEF: Selain cendol anda boleh tukar dengan bahan lain seperti kacang merah atau jagung ikut citarasa ahli keluarga anda.
Kudapan atau jajan memang mengasyikkan kalau dimakan sambil tonton televisyen. Krup krap krup krap je kan? Nak buat sendiri jajan untuk dimakan seisi keluarga? Jom try resipi yang dikongsikan oleh Cahaya Malaika melalui chanel Telegram KakiMakan ni. Senang je nak buat tau.
POTATO CHIP ALA MR POTATO
Bahan-bahan
6 biji kentang (mengikut kuantiti yang diperlukan)
Satu periuk air (untuk merebus kentang)
Sedikit garam (tak nak letak pun boleh)
2 sudu cuka makan
Serbuk cili
Serbuk cheese
Gula halus
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Basuh kentang. Kentang tak perlu buang kulit.
2. Hiris kentang nipis-nipis. Lebih mudah menggunakan penyagat atau slicer.
3. Didihkan air bersama cuka dan garam.
4. Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3 minit sahaja. Ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng.
5. Basuh dan toskan kentang. Biarkan kentang kering. Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan.
6. Kentang kena betul-betul kering supaya rangup.
7. Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
8. Gaul kentang dengan serbuk cili, serbuk cheese dan gula halus.
9. Simpan kerepek kentang dalam bekas.
Info
Kalau tak nak letak apa-apa perasa pun boleh makan macam tu dah sedap.
Ada pelbagai jenis apam salah satunya Apam Berkuah Terengganu yang biasa dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Orang Trengganu mesti biasa dengan menu ini. Bolehlah buat kalau ada yang merindui kampung halaman.
Apam Bahan A: 1/2 cawan gula merah/nissang/gula Melaka 1/2 cawan air 1/2 sudu kecil garam halus -masak semua bahan di atas sehingga gula larut dan biarkan sejuk
Bahan B: 2 sudu kecil yis 1/2 cawan air 1 sudu kecil gula -perap hingga yis berbuih dan mengembang
Bahan C: 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan air 3 sudu besar gula pasir Acuan atau loyang disapu dengan minyak untuk mengelakkan melekat.
Cara memasak: 1.Dalam bekas lain campurkan semua bahan ABC di atas hingga sebati dan biarkan 1/2 jam dan mengembang dua kali ganda lepas itu dikaup balik (Lakukan sebanyak 3 kali kaedah kembang dan kaup balik ini) 2.Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam separuh bekas/loyang dan biarkan kembang dahulu baru dikukus. 3. Kukus hingga masak.
Kuah Apam: 1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah kecil* 1 biji bawang putih* 1/2 inci halia* 1/2 kunyit hidup* 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus 1 sudu besar rempah gulai cap bunga ros 1/2 sudu besar rempah masak cap bunga ros 1 sudu besar kerisik 1/4 nissang saiz besar Garam 2 ekor isi ikan Selayang/kembung rebus ditumbuk halus 3 cawan santan Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:- 1.Mesin halus bahan bertanda * dan tumis hingga wangi. 2.Lepas itu masukkan sedikit air, lada hitam, rempah gulai, rempah masak, kerisik, isi ikan, serbuk kunyit dan kacau sebati. 3. Masukkan 3 cawan santan, nissang dan garam. 4. Masak sehingga santan pecah minyak dan pekat 5. Rasa kuah sedikit manis.