Salah satu cara hendak menaikkan selera makan adalah dengan adanya sambal. Kali ini RASA ingin tunjukkan resipi membuat sambal terung telunjuk. Korang tahu tak terung telunjuk tu macam mana?
Terung telunjuk ni buahnya berwarna hijau dan ada jalur putih. Selalunya orang akan buat sebagai ulam. Rasanya lebih kurang sama macam terung yang lain.
Resipi sambal terung telunjuk tempoyak bilis petai ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha dalam facebook page Rasa Share Resepi. Kalau belum join, jom join group tu sekarang. Ada banyak perkongsian resipi kat dalam tu tau. Rugi tak join.
Ads
SAMBAL TERUNG TELUNJUK TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
Cili padi (ditumbuk)
Bawang merah kecil (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Terung telunjuk (cuci dan potong serong)
Petai
Tempoyak
Asam keping
Garam
Ikan bilis (digoreng garing, toskn & diketepikan)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan terung dan petai. Kacau seketika. Kemudian masukkan tempoyak dan asam keping.
3. Masukkan garam. Kemudian masukkan ikan bilis. Sebatikan semua. Tutup api.
Nampak sedap, kan?
Ads
TIP SAMBAL LEBIH SEDAP
Sambal kena cukup segala rasanya. Pedas dan masin kena seimbang. Tumis bawang kena agak lama sedikit. Jangan tumis sekejap sangat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Sambal Kicap Mak Ros ni memang power. Kalau nak belajar buat Sambal Kicap yang sedap, inilah resipinya. Menerusi perkongsian FB saudari Zee Azean Widawati, Sambal Kicap ini adalah resipi rahsia ibunya iaitu Puan Rossilawati Bt Ya’aman dan memang disukai ramai. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Memang sedap kalau makan bersama Mi Sup, Tempe, Tauhu dan pisang goreng.
CARA BUAT SAMBAL KICAP MAK ROS
BAHAN-BAHAN:
50 biji cili padi
10 ulas bawang putih
3 sudu makan gula
Kicap secukupnya – bergantung pada kehitaman sambal yang anda nak
5 sudu makan sos cili
1 sudu makan serbuk cukup rasa
Air masak – jumlah ikut kepekatan yang dikehendaki
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan semua bahan dan kisar hingga halus.
2. Jika guna kicap manis, boleh tambah secubit haram. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.
3. Andai mahukan sambal kicap yang pekat likat, jangan letak banyak air. Seimbangkan kepekatannya.
4. Tuang sambal kicap dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan berbulan-bulan.
5. Enak dinikmati bersama aneka hidangan seperti sup, makanan bergoreng dan sebagainya.
Hanya dengan bermodalkan RM5, puan-puan dapat menghasilkan tiga botol sos cili Thai ni secara homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat jimat! Bagi yang nak cuba, berikut adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Haslindawati Omar.
RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Sedikit cuka makan
½ cawan gula – ikut tahap kemanisan yang anda suka.
Secubit garam
BAHAN KISAR (JANGAN TERLALU HANCUR. AGAK-AGKA SAHAJA):
5 biji cili merah besar – buang biji
4 biji cili padi merah – tidak perlu buang biji
5 ulas bawang putih
1/3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air.
2. Masak bahan kisar tadi hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati sampai gula larut.
4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Teruskan masak sampai mendidih dan sos berkilat.
6. Siap dan sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Suka makan nasi bersama sambal tumbuk? Anda boleh cuba Sambal Kantan ni. Istimewanya sambal ni tak guna bunga kantan tau sebaliknya menggunakan rebung kantan. Wow..Mesti sedap & padu. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Aisyah ni. Nampak rare!
SAMBAL KANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 pucuk rebung kantan
Cili kampung secukupnya – ikut kepedasan yang disukai
1 ulas bawang putih
3 biji limau Kasturi – ambil jusnya
Bilis goreng secukupnya – anggaran segenggam kecil
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.
2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.