Macaroni Cuppizza, Idea Potluck Jamuan Sekolah Anak Gerenti Licin

Share

Buntu nak buat apa untuk jamuan sekolah anak? Boleh cuba idea menarik buat Macaroni Cuppizza ini. Mudah saja buatnya, hanya guna tortilla wrap.

Idea untuk menghasilkan menu Macaroni Cuppizza ini yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini tercetus ketika dia buntu untuk membawakan makanan apa untuk potluck jamuan sekolah anaknya.

Menurutnya, buat dalam cup lebih mudah. Nanti, murid-murid boleh ambil sendiri untuk masing-masing jika masih kenyang untuk makan di sekolah. Tak perlu tunggu untuk membungkus. Semoga resipi ini dapat memberi manfaat untuk semua.

MACARONI CUPPIZZA

BAHAN-BAHAN:

½ bungkus makaroni (jenis Elbows 500g) – Boleh beli online di sini

20 keping cup

Tortilla wrap

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Bawang Holland (pilihan)

Isi ayam

Sosej / crabstick (pilihan)

Sos spageti – Boleh beli online di sini

Sayuran (pilihan)

Mix Herbs

Sedikit garam

Telur

Black pepper

Cheese pizza

Sos cili / mayones / cheesy sauce (untuk letak atas pizza) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Rebuskan makaroni jenis Elbow.

Tumis bawang putih. Nak masukkan bawang Holland pun boleh. Masukkan isi ayam. Nak masukkan sosej atau crabstick pun boleh.

Masukkan makaroni yang telah direbus, sos spageti, mix herbs

dan sedikit garam. Nak masukkan sayuran pun boleh.

Ambil tortilla wrap. Potong begini dan letakkan di dalam cup.

Buat sampai habis. Boleh dapat 20 cups.

Scoop masuk makaroni yang telah siap dimasak tadi.

Pecahkan telur, letakkan garam dan sedikit black pepper. Whisk.

Tuangkan ke dalam cup agak-agak tenggelam.

Taburkan cheese pizza.

Taburkan juga sedikit mix herbs.

Bakar api atas bawah dengan suhu 170°c selama 15 minit dan tambah lagi 10 minit dengan api bawah sahaja. Tak nak bahagian atas garing sangat nanti.

Kejadian selepas masak dengan elok.

Boleh letakkan sos cili, mayones atau cheesy sauce di atasnya.

Siap.

Kredit: Sharinaz Redwan

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN