Macaroni Cheese Bakar, Sedap Sungguh Rasanya Macam Di Restoran

Share

Sesekali tukar selera, kita buat Macaroni Cheese Bakar. Bukan sahaja anak-anak suka, kita sekeluarga pun gemar menikmatinya. Nak cita rasa Asia, boleh tambah sedikit cili kisar untuk rasai sedikit kepedasannya jika mahu. Jika tidak, kekalkan sahaja rasa aslinya mengikut cita rasa masing-masing.

Nak tahu cara menyediakannya? Mudah sahaja. Ikuti perkongsian resipi Macaroni Cheese Bakar ini daripada Puteri Hana Sofia. Memang tampak sedap dan menyelerakan. Jom kita buat untuk hidangan seisi keluarga.

MACARONI CHEESE BAKAR

BAHAN-BAHAN:

150g makaroni – Boleh beli online di sini

100g daging/ayam cincang 

2 ulas bawang putih (cincang)

3 ulas bawang merah (cincang)

½ labu bawang Holland (cincang) – Boleh beli online di sini

6 sudu besar sos spageti – Boleh beli online di sini

3 sudu besar tomato puri – Boleh beli online di sini

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas)

Sayur campur

Daun sup

Serbuk oregano/mixed herb/Italian herb Boleh beli online di sini

Gula

Garam

(BAHAN SOS PUTIH)

1 cawan susu segar – Boleh beli online di sini

1 sudu besar mentega

Serbuk oregano/lada sulah

1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)

12 keping slice cheese

Garam

Gula

CARA MEMASAK:

Rebus makaroni sehingga lembut dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan kesemua bahan sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam/daging cincang. Kacau sebentar.

Masukkan tomato puri, sos spageti,cili kisar dan sos cili.

Tambahkan garam, gula dan serbuk oregano secukupnya.

Masukkan sayur campur. Kacau sehingga sayur agak layu.

Masukkan pula tomato. Kacau sekejap.

Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.

CARA MEMBUAT SOS PUTIH:

Cairkan butter. Masukkan cheese. Kacau sehingga cheese cair.

Masukkan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.

Masukkan garam, gula dan oregano atau lada sulah secukupnya.

Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sos menjadi pekat.

CARA MEMBAKAR MAKARONI:

Masukkan makaroni yang telah digoreng ke dalam loyang pembakar.

Tuangkan sos putih. Gaul rata. (Boleh tambahkan beberapa keping slice cheese di dalam makaroni.)

Taburkan cheese (cheddar, mozzarella, pizza topping) yang diparut ke atas makaroni.

Bakar pada suhu 170°c selama 20-30 minit menggunakan api bawah.

Selamat mencuba!

Kredit: Puteri Hana Sofia

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN