Little Bourke Port Sempurna Untuk Makan & Bersantai

Share

Ingin menikmati sarapan atau ‘brunch’ di restoran yang interiornya menarik? Little Bourke di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur ini pasti sesuai dengan citarasa anda.

Restoran yang dikendalikan oleh empat bersaudara iaitu Aimi Fikri,Alwani Fikri,Siti Syazwani Fikri dan Siti Intan Syazana memang tenang untuk makan atau bersantai bersama teman mahupun keluarga. Ruang dalaman dengan gaya eklektik, kopi yang enak dan menu yang enak antara tarikan pelanggan ke sini.

“Kami dalam baking business sudah 8 tahun, semuanya dijalan hanya di rumah. Aktif di instagram untuk mempromosikan kek  keluaran Koko Bakes. Kebetulan ada agen hartanah approach kami ada pemilik nak menjual kedainya. Dalam planning

kami memang tiada pun rancangan nak buka kedai. Selepas memikirkan tawaran tersebut, kami ambil peluang tersebut untuk berkecimpung secara serius dalam F&B.

Kami maintain dengan nama Little Bourke kerana sedar restoran ini dah steady dan mempunyai pelanggan tetap. Kalau tukar nama pelanggan akan fikir ia kedai baru. Perancangan akan  datang cuma tambah Little Bourke by Koko Bakes.

Selepas kami ambil alih, pelanggan sedia ada memang ramai. Sebagai penambahan dari menu asal, kami tambah menu untuk kanak-kanak, kek dan savoury.

Sekarang bila pelanggan datang ke sini,mereka boleh pesan pilihan kek yang disukai. Antara best seller dessert ialah banoffee pie, cheesetarts dan kek pandan gula melaka.

Menu yang disajikan di restoran ini cukup pelbagai. Dari menu sarapan, pasta dan pencuci mulut, semuanya ada. Antara menu yang disarankan untuk anda cuba ialah steak sandwich, egg benedict, aglio olio dan french toast. Setelah mencuba pasti jatuh cinta dan dijamin mengenyangkan.

 

egg benedict
Aglio Olio

Tidak dinafikan, interior sesebuah kafe memang memainkan peranan untuk menaikkan ‘mood’ pengunjungnya. Sekali pandang restoran ini memang cukup selesa.

Secara peribadi penulis menyukai hiasan dalaman di Little Bourke dan tidak keberatan untuk kembali semula ke sini. Sangat berbaloi untuk dikunjungi jika anda menyukai kualiti makanan yang berkualiti tinggi dan instagramable.

 

Alamat: 124, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Waktu operasi: 9 am – 5 pm

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN