Kuih Lengat Pisang
memang tak pernah gagal buat orang tersenyum. Dibalut daun pisang, rasa manis semula jadi pisang digabungkan dengan santan dan sedikit tepung — cukup mudah, tapi hasilnya lembut dan wangi menggoda. Kuih ini cukup popular sebagai juadah minum petang atau hidangan sampingan dalam majlis kenduri.Walaupun nampak ringkas, kuih tradisional ini kaya dengan rasa dan nilai nostalgia. Sesuai untuk yang suka menu kampung, resipi Lengat Pisang tak perlukan banyak bahan – tapi bila masak dengan kasih sayang, hasilnya pasti buat orang puji berkali-kali!
LENGAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pisang emas- belah dua
3 sudu kecil gula
200 ml santan pekat (kotak)
50 ml santan pandan (kalau tiada, guna santan biasa semua)
100 ml air
½ sdk garam
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 helai daun pisang – layurkan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official