Ada pelbagai petua lama atau cara yang dikongsi sejak turun temurun untuk melembutkan daging. Letak kurma, ais, sudu dan macam-macam lagi.
Tapi lembutkan daging cara ini makan masa dan belum tentu daging lembut. Sebaiknya kita ikut cara mereka yang mahir dalam masakan. Dikongsi oleh Chef Rizal tiga cara ini dijamin dapat melembutkan daging.
1. Guna lemon
Perah sebiji lemon dalam daging daging yang dihiris. Gaul dan biarkan 20-25 minit. Kemudian cuci bersih. Insya-Allah lembut daging ini
2. Baking soda
Cara kedua, sediakan air dalam dalam bekas kemudian masukkan satu sudu makan baking soda ke dalam air.
Ads
Larutkan dan campurkan air ini dalam daging. Biar 10 minit dan cuci bersih. Jangan biar lama kerana daging rasa lain.
Ads
3. Cuka
Ads
Letak sedikit cuka, gaul dengan daging. Perap 15-20 minit. Cuci bersih.
Bila tetamu tiba-tiba singgah, air dalam termos pula habis. Memang kalut! Takkan nak hidang kuih dengan air sejuk kot. Ha..ini petua cepatkan air dalam cerek mendidih yang anda boleh cuba.
Tembikai ni ada yang sebut semangka, dan di Kelantan dipanggil Timun Cina. Ada yang bujur ada yang bulan. Tekstur kulit, bentuk dan rupanya semua mempengaruhi kualiti tembikai itu.
Kalau tersalah pilih pastilah korang nyesal pulak. Ni min kongsikan 8 tip atau petua nak pilih tembikai yang masak, banyak jusnya dan manis
1. Ketahui Jantina
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air. Manakala tembikai betika berbentuk bulat dan rasanya lebih manis. Tembikai yang lonjong tu sedap dibuat jus kerana airnya lebih banyak dari yang bulat. Manakala yang bulat biasanya dimakan begitu sahaja
2. Tompokan Kuning
Tompokan atau kawasan kuning adalah tempat dimana tembikai terletak di atas tanah. Tembikai yang matang sempurna akan berwarna kuning krim dan kadangkala oren. Jika kawasan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
3. Tompokan Jaringan Lebah
Telitikan pada kulit tembikai yang kelihatan seperti jaring labah – labah adalah disebabkan lebah yang menyentuh serbuk debunga berulang kali ketika tembikai masih dalam bentuk bunga. Makin banyak jaringan bermaksud makin manis tembikai.
4. Perhatikan Ukuran dan Beratnya
Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dan untuk pengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
5. Tengok Tangkainya.
Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang.
6. Rasa tekstur permukaan kulitnya.
Jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.
7. Tepuk-tepuk
Tepuk jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Dah tahu cara pilih jom semak apa khasiatnya pada tubuh badan kita.
KHASIAT TEMBIKAI (sumber Hello Doktor)
1. Kandungan Air Yang Tinggi Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik Untuk Jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-Radang Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Sistem Penghadaman Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik untuk kulit dan rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pokok pandan adalah salah satu tanaman herba yang popular serta pelbagai guna. Ia boleh digunakan dalam masakan, kuih muih dan juga manisan. Malah ada juga yang menjadikan tumbuhan ini sebagai pewangi ruangan dek kerana baunya yang harum.
Anda ada tanam di dalam pasu dan menghadapi masalah pokok yang tidak besar merimbun dan berdaun halus? Bermacam jenis baja diletak, tapi tetap tidak subur. Jika ada laman yang luas, tiada masalah untuk menanam pokok ini terus di atas tanah namun bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad atau tinggal di apartment, tentunya pernah berhadapan dengan masalah ini.
Menerusi perkongsian di FB, saudari Jue Jerry ada menerangkan cara-cara untuk menggemukkan pokok pandan di dalam pasu. Ia juga untuk mengelakkan dari binatang berbisa seperti ular dari tinggal di perdu pandan yang rimbun. Cubalah tip ini dan lihat perbezaan pada tanaman anda.
TIP UNTUK GEMUKKAN POKOK PANDAN DI DALAM PASU
1. Ambil pasu pandan dan buang anak-anak yang tumbuh di sekelilinya. Tinggalkan hanya 1-2 pokok sahaja di dalam pasu pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Anak pokok yang diasingkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Ia akan hidup kerana pokok pandan yang direndam air akan mengeluarkan akar.
3. Jika tidak mahu tanam kembali di dalam pasu, anak pokok pandan boleh dibiarkan di dalam bekas berisi air. Namun airnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jentik-jentik.
INFO: saudari Jue Jerry letak pokok pandan berisi air di dapur. Hasilnya dapur mewangikan kawasan dapur dan mengelakkan dari didatangi lipas.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.