Langkah Memasak Gulai Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Keli . Wanita Ini Tak Tumis Pun Perencah.

Share

Ni resipi Gulai Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Keli yang sungguh sedap. Ini resipi warisan keluarganya dan wanita ini tak lokek berkongsi langkah demi langkah memasaknya.

Lauk dimasak gaya Nurhayati Abd Malik ni memang mempesona selera, tak gunakan bawang dan perencahnya pun tidak perlu ditumis.Yang penting sempoi dan cepat siap dan lagilah sangat pentingnya sedap hingga menjilat jari


.

Dahlah cantik orangnya, gaya memasak Nurhayati atau dikenali sebagai Nur ini penuh seni. Teratur aje cara masaknya. Jom tengok resipi Norhayati ini.

GULAI LEMAK CILI PADI TEMPOYAK IKAN KELI


.

BAHAN-BAHAN :

  • 3-5 ekor ikan keli saiz kecil
  • 1 sudu besar serbuk kunyit* -beli online DI SINI
  • 1 sudu teh garam*
  • 1 cawan pati santan – beli online DI SINI
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1-2 keping asam gelugor – beli online DI SINI

Bahan kisar:

  • 15-30 cili kampung (Yati campur cili api merah sikit)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3-4 sudu besar tempoyak

CARA MEMASAK:
1. Ikan keli dikerat beberapa bahagian, cuci bersih, kemudian perap dengan jus limau nipis, sedikit garam dan tepung gandum, gaul rata. Biar 15 minit pastu cuci balik sampai bersih, toskan.

2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng hingga ikan masak, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.


3. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambah serai dan asam gelugor.


.


.

4.Tuang air dalam 3-4 cawan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Nak masuk tempoyak asing boleh aje.(kalau terlupa masuk dalam bahan kisar)


5. Masukkan ikan keli, kacau perlahan, jika kuah tu macam kurang, boleh je tambah air lagi (guna air panas).


.

.

6. Dah gelegak tu boleh masukkan pati santan, kacau sentiasa

7. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.


.

8. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan biarkan mendidih. Siap!

*Tip Nurhayati Elak Minyak Meletop Masa Goreng Keli :

– Untuk elak minyak meletop-letop masa kita goreng ikan keli tu, pastikan ikan keli betul-betul kering sebelum dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.

– Kemudian masukkan sekeping asam gelugor dalam minyak, Insya’Allah, minyak tak meletop sangat masa digoreng.

Kredit foto dan resipi : Nurhayati Abd Malek

 

INGIN MEMBELI BLENDER TERKINI, JOM BELI DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI & PETUA INI :

 

 

IKLAN