Lagi Jimat Buat Sendiri, Resipi Ayam Tandoori Sama Seperti Di Kedai Mamak

Share

Bila musim PKP begini, kenalah pandai berjimat cermat. Nak selalu membeli pun, tidak boleh juga. Lebih-lebih lagi buat keluarga yang ada anak ramai.

Jika teringin nak makan ayam tandoori seperti di kedai mamak, bolehlah mencuba resipi homemade ayam tandoori daripada Cik Illa.

AYAM TANDOORI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 sudu besar serbuk cili
Jus limau nipis (ikut cita rasa nak masam macam mana)
Pewarna merah – beli online di sini
Bawang putih – beli online di sini


Halia – beli online di sini
6-8 sudu besar yogurt asli
Lada hitam
Serbuk cili
Serbuk ketumbar
Garam masala
Serbuk kunyit

CARA-CARA:

1.Ayam dibersihkan dan toskan. Kemudian, di dalam bekas, letak sedikit minyak dan biar seketika selama 5 minit.


2.Kemudian, masukkan serbuk cili, garam dan jus limau nipis. Gaul rata. Selepas itu, masukkan sedikit pewarna merah untuk nak menampakkan kesan ayam tandoori. (kalau tak nak letak pun tak mengapa tapi nanti tiadalah rupa ayam tandoori). Kemudian, perap sekejap.


3. Sementara itu, di dalam bekas lain, masukkan bawang putih, halia, yogurt asli, lada hitam, serbuk cili, serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk kunyit. Gaulkan semua.


4. Kemudian, tuang bahan campuran tadi ke dalam bekas yang berisi ayam. Kacau sebati dan perap selama yang boleh. Lagi lama perap, lagi sedap.


5. Masak di dalam air fryer dengan menggunakan suhu 180C selama 10 minit atau sampai masak. (jangan lupa untuk balik-balikkan ayam ye)

*kalau nak bakar ayam di dalam ketuhar pun boleh. Ikut suhu ketuhar masing-masing.

BAHAN CHUTNEY:

2-3 sudu besar yogurt asli
Halia + bawang putih
Jus lemon (saya guna ½ biji lemon)
3 batang cili hijau
Garam + gula
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar

*pastikan daun pudina lebih banyak dari daun ketumbar.

CARA-CARA:

Kisarkan semua bahan di atas. Kemudian, terus simpan dalam peti sejuk.

BAWANG JERUK:

Bawang + cuka + garam + gula

*Gaul-gaul dan simpan dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto: Cik Illa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN