
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah, taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan kundang. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel. Oleh itu, selepas potong apel rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Secara tidak langsung garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minuman Penyejuk Badan, Banyak Khasiat Dan Manfaat. 2 Bahan Ni Elok Untuk Kesihatan!

Isi Kandungan
ToggleMinuman herba berkhasiat. Selain mempunyai manfaat yang tersendiri ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan dalam tubuh badan. Tak cuba tak tau, buat sendiri dan rasai kesegarannya!
BAHAN-BAHAN:
500 gm aloe vera di potong dadu
500 gm kurma merah
400 gm gula batu
12 helai pandan
3 liter air
CARA MEMASAK:
1. Rebus semua bahan hingga mendidih guna api perlahan selama 1 jam 1/2
2. Sejukkan dan siap di minum.
Kongsi resipi: Mas Cotek
8 Manfaat Aloe Vera Yang Disokong Oleh Sains.
Manfaat aloe vera untuk kesihatan:
1. Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan
- Lidah buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan/daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.
- Ianya banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbang kepada $13 billion dalam harga pasaran.
- Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.
- The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.
2. Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria
- Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan.
- Gel lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol.
- Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada bandan.
3. Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar
- Lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.
- Khasiat lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.
- Terdapat kajian yang mendapati bahawa lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.
4. Air Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash
- Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami.
- Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan perbenyukan plak pada gigi.
- Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.
- Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.
- Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigi, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida albicans.
5. Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)
- Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.
- Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.
- Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.
- Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.
- Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.
- Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!
6. Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit
- Lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.
- Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.
- Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.
7. Manfaat Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit
- Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.
- Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.
- Kajian yang lain pula mendapati bahawa lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.
8. Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)
- Kadang-kala, lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes)
- Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.
- Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.
Sumber: mrtengkuasmadi.com
10 Khasiat Kurma Merah (kurma cina) Untuk Kesihatan:
1. Kurma Merah boleh meningkatkan produksi sel darah putih yang bermanfaat untuk tingkatkan ketahanan tubuh.
2. Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).
3. Kurma Merah kaya dengan anti-oksidan yang boleh melemahkan sel kanser.
4. Mampu memberikan nutrisi serta meningkatkan produksi darah.
5. Kurma Merah bermanfaat juga pada wanita kerana ia boleh melancarkan pengeluaran darah haid dan darah selepas melahirkan.
6. Sangat baik untuk pesakit diabetes,
7. Bagus untuk mengatasi perut kembung dan penderita masalah pencernaan seperti sembelit.
8. Menyembuhkan batuk berkahak, sakit gigi, dan infeksi gusi.
9. Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.
10. Dapat menenangkan fikiran dan boleh menyembuhkan pesakit insomnia.
5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

Daun Selom memang sedap dan banyak khasiat. Macam-macam menu boleh dihasilkan menggunaan ulam ini baik dijadikan kerabu, dicampur dalam masakan seperti masak lemak cili api malah enak dimakan mentah sebagai ulam. Ulam ini biasanya dibeli kerana harganya juga tidak terlalu mahal. Namun jika mudah untuk ditanam, apa salahnya anda mencuba.
UDaun Selom mudah tumbuh dan cepat boleh dituai. Semakin dipotong, semakin elok subur tumbuhnya. Bolehlah dipetik segar setiap hari dan jika ada rezeki yang lebih, boleh dijadikan perniagaan juga. Menarik kan? Nak tahu cara mudah untuk menanam ulam Selom ini? Saudari Nur Aida Md Zainuddin ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba.
5 CARA MUDAH TANAM ULAM SELOM
1. Batang Selom dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam air, akar akan keluar melalui batang selom. Pastikan air rendaman ditukar selalu.
3. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.
4. Tutup dengan tanah dan siram. Pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Bila daun selom sudah merimbun, bolehlah dituai dan dinikmati hasilnya.
Kredit petua & foto: Nur Aida Md Zainuddin
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Dapatkan lebih banyak petua di laman web RASA:
Nak Tanam Pokok Bendi Yang Sihat & Banyak Buah, Boleh Cuba Tip Ini
Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah. Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat
Nak Pokok Cili Subur & Gemuk? Usahawan Tanaman Fertigasi Ini Kongsi Tip Power
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tip Hilangkan Bau Hanyir Pada Tangan Tanpa Basuh Berulang Kali, Guna Sos Tomato Pun Boleh

Isi Kandungan
ToggleBila membersihkan lauk mentah terutama ikan dan ayam memang tak dapat lari dari bau hanyir. Kena basuh dengan sabun beberapa kali barulah bau ini hilang.
Tapi selain dari sabun ada beberapa bahan dapur yang kita boleh gunakan untuk menghilangkan bau hanyir ini dengan mudah.
Sos tomato
Ramai tak tahu selain digunakan untuk masakan boleh juga menggunakan sos tomato ini untuk hilangkan bau hanyir. Caranya cuma tuangkan sos pada tapak tangan.
Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.
Cuka dan garam
Cuka mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir.
Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, campurkan cuka dan garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan. Biarkan selama 1 minit sebelum dibilas dengan air suam.
Serbuk kopi
Pastikan menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.
Caranya mudah, sapukan dua atau tiga sudu besar serbuk kopi pada tangan dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.
Daun ketumbar
Daun yang selalu digunakan dalam masakan Thai ini juga berguna untuk hilangkan hanyir. Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan pada pada tangan. Bilas tangan selepas bau hanyir hilang.
Sumber: Mstar