Kurangkan Masam Buah Dengan Garam Je, Senangnya !

Share

Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.

Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah, taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan kundang. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.

Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah, ia membantu buahberubah warna dan menjadi lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel yang midah lebam bila dipotong. Oleh itu, selepas potong apel rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam.

Secara tidak langsung garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan.  Selain itu,  segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.

Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…

IKLAN