Kupang Dan Lala Sediakan Dengan Cara Mudah, Hasilnya Sangat Sedap!

Share

Tidak kira masak apa, makanan laut memang sedap. Namun tetap ramai yang menikmati  juadah ini di luar sama ada mengambilnya di restoran yang menyediakan sti mbot atau pun shellout. Sebenarnya, anda boleh sahaja sediakan apa juga menu karangan laut di rumah dengan menu yang mudah dan ringkas.

Rahsia makanan laut yang sedap, ia bergantung kepada kesegaran karangan laut  dan cara memasak. Oleh itu sebaiknya anda beli karangan laut yang segar.  Pilihlah kupang dan lala yang cengkerangnya tidak retak atau pecah, dan isinya tidak pucat.

Karangan laut juga tidak boleh dimasak terlalu lama, paling lama di atas dapur antara 5-10 minit sahaja dan  resipinya juga adalah ringkas.   Untuk mengekalkan kandungan  nuteri, cara memasak yang disarankan adalah rebus , kukus, panggang atau tumis. Berikut disediakan dua menu ringkas  kupang dan lala menggunakan bahan yang ada di dapur tapi hasilnya sangat sedap.

LALA MASAK SERAI EKSPRES

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm lala||bersih dan toskan
  • 3 batang serai| hiris serong
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia muda | hiris nipis memanjang
  • 5 biji cili padi | ketuk atau hiris serong memanjang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • 1 batang leek | hirisan serong
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu  makan  minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, dalam kuali, tumiskan halia muda, bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan Lala, gaul rata kemudian masukkan bawang besar dan hirisan leek.
  3. Apabila lala sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram,garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah cukup rasa, angkat dan segera dihidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF:  Apabila lala sudah bertukar warna dan terbuka, segera tutup api.

……

 

KUPANG PEDAS BERAPI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kupang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 batang serai | dititik
  • 2 helai daun limau purut | hiris halus
  • Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
  • 4 biji tomato | potong baji
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 3sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR HALUS:

  • 4 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 2cm halia muda
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan serai dan daun limau purut, bila aroma baunya naik,masukkan kupang.
  3. Kacau rata, bila cengkerang kupang mula terbuka, masukkan sos tiram dan cili.
  4. Lengkapkan rasa dengan tambahan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api dan segera dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Untuk lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi di dalamnya.

 

RESIPI: CHEF NAEM

TEKS : SHIDA YASIN

IKLAN