Kuih Telaga Emas… Pencuci Mulut Kenyal Di luar & Lembut Di Tengah.

Share

Apa istimewanya kuih telaga emas,. Yang warna kuning di tengah tu antara ramuannya dari kastard, santan dan tepung gandum, lembut dan cair di tekak . Lapisan luarnya agak kenyal kerana ada bahan tepung pulut.


.

Lepas makan juadah berempah daging korban, memang puas lah disusuli dengan kuih telaga emas yang sedap ni. Jom cuba resipi yang dikongsi Zura Zul ni.

KUIH TELAGA EMAS


.

BAHAN-BAHAN :

Bahan Kulit Hijau :

  • 250gm tepung pulut
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan air
  • Sedikit perisa pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan tepung jagung, garam dan perisa pandan
  2. Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit jangan sampai habis. Uli jadi doh tak lekat di tangan
  3. Letak sedikit pewarna hijau
  4. Bulat-bulatkan anggaran 24gm. Tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak..ketepikan



.

Inti Kastard :

  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • secubit garam

CARA MEMASAK :
.

Satukan santan dan air suam..campurkan esen vanilla & gula..kacau hingga larut
Masukkan telur & kacau sebati..kemudian masukkan juga tepung kastard..garam & pewarna kuning telur,kacau sebati & mesra
TTapis adunan & tuang ke dalam acuan lompang yang disapu sedikit minyak


.

PPastikan air kukusan betul-betul mendidih..kukus selama 10 – 12 minit atau hingga masak,api sederhana besar

kredit resepi; Zura Zul
FB: Resepi Harian Keluarga

IKLAN