Kuih Serabai Dengan Sos Kastad Lemak Manis. Kecur Tengok.

Share

Ni dia resepi kuih serabai yang lembut dan sedap dimakan. Dahlah tu siap pula dengan cara-cara membuat kuah kastan pandannya. Memang terbaiklah dihidang untuk sarapan dan minum petang. Nilah gandingan paling terangkat sedapnya.

Kuih serabai ni lembut da gebu aje sebab ada menggunakan yis. Jangan lupa tepung beras dan nasi. Ni tak payah pening-pening follow aje resipi yang dikongsikan Umi Watie

ini.

KUIH SERABAI
BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan apam serabai:

  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan santan
  • 1 ½ cawan air
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh yis

Bahan-bahan kuah kastard pandan :

  • 20 gm tepung gandum
  • 35 gm gula halus
  • 150 santan kotak
  • 70 gm air + 2 helai daun pandan (dikisar)
  • 1 biji kuning telur saiz A
  • 1 tsp pewarna hijau

CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur. Lepas tu perap selama 1 jam. Mudah sangat kan?


2. Empunya resipi Umi guna kuali anti lekat. Buat comel-comel memang cun. Nampak bersarang ni kira dah jadi lah.

3. Untuk membuat kuah kastad, satukan semua bahan dan whisk kan semua bahan-bahan.


4. Selalu kacau dengan api kecil ya. Barulah adunan tak hangit atau berketul.

Kredit foto & resipi : Umi Watie
#DapurMakRerama

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH SECARA ONLINE. JOM LAYARI DI SINI. BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN DISKAUN.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/pulut-panggang-inti-sambal-ikan-sedap-rasa/

IKLAN