Kuih Serabai Cukup Rasa Lemak Manisnya Confirm Ulang Kali Makan

Share

Dah lama tidak menikmati kuih tradisi iaitu kuih serabai. Jarang sungguh berjumpa orang menjualnya kecuali pada bulan puasa. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka dan santan memberikan rasanya lemak manis.Teringin benar nak menikmatinya, bolehlah buat nanti.

 

Kuih Serabai

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras-beli online di sini

1/2 cawan nasi

1/2 cawan santan-beli online di sini

2 sudu besar gula

1 sudu teh ragi @ yis-beli online di sini

1 sudu teh garam

Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

1.Kisar dan simpan paling kurang 20 minit.

2.Sapu minyak sedikit dan letak satu senduk tepung dan bakar atas api lebih kurang 3 minit sampai semua gelembung masak dan balikkan sekejap.

 

Kuah Serabai

1 cawan air

2 ketul gula Melaka

½ cawan santan

2 sudu gula biasa

Secubit garam

 

Cara membuat:

1.Satu sudu tepung beras dicampur air, daun pandan untuk bau.

2.Masak gula Melaka sehingga cair .

3.Masukkan daun pandan ,tambah garam,gula, santan dan air tepung beras.

4.Kacau sampai pekat.

5.Siap untuk dihidang.

*Saya tak ada acuan serabai,jadi saya pakai non stick pan.

Kredit: Noor Rahim

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Online Minum Petang

Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

 

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

IKLAN