Kuih Lompang Labu Kuning, Resipi Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Sedapnya Kuih Lompang Labu Kuning ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan minum petang. Biasanya labu ni kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ni. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI KUIH LOMPANG LABU KUNING SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

250gm labu – kukus
125gm tepung beras beli online disini
1 sudu makan tepung jagung beli online disini
150gm gula beli online disini
125ml air
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
  2. Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
  3. Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
  4. Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan Kuih Lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya.

 

Kredit resipi & foto: Mak Frida @ fridajoincoffee

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN