Bosan dengan kuih muih sedia ada, tiba-tiba teringin makan kuih oldskool. Mungkin korang yang moden belum pernah rasa kuih ni. Ni kuih zaman mak mak kita dulu. Menurut penyumbang resipi cik Bunga Haven pun bila-bila sekali baru buat..sbb dalam rumah tak ade peminatnya. Resipinya nya pun diwarisi dari mak masa kecil dulu. Kami anak kg walaupun dah duk kat k.l menu kg tetap dihati
Cara buat Kuih lengat pisang
1.Tabur gula dipermukaan loyang
Ads
2.Potong pisang ikut test sendiri. Penuhkan loyang.
Ads
3.Bancuh tepung gandum n tpg jagung skit dgn air santan. Campurkan garam skit. Tpg jgn pekat n cair sgt. Klau cair dah jadi pengat pisang lak.
Ads
4. Kukus dlm 20 minit
5.Ok done….sedap tau!!
Credit : Bunga Haven
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih ini antara yang popular di pantai timur, terutamanya Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, sememangnya ia sangat sedap.
Kuih tepung boko ubi kayu ni sedap dimakan ketika masih panas dan sejuk. Yang paling penting untuk membuatnya sangat senang.
Jom kita cuba buat mengikut resipi yang dikongsi Muliadi Ramli.
CARA BUAT BEKE UBI @ BOKO UBI
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
500gm ubi kayu | buang kulit basuh bersih, kemudian sagat ubi. Perah ubi yang disagat. Buang air yang ada pada ubi, ketepikan 2 keping nise kerek – beli online di sini 5 sudu besar gula – beli online di sini Daun pandan
1. Masak nise kerek, gula dan daun pandan. Kemudian, ketepikan. 2. Bila air nise dah sejuk, satukan dengan ubi kayu. Kacau rata. Lepas tu masuk dalam bekas plastik. Kukus dalam 25 minit, ketepikan.
1. Satukan semua bahan. Kacau rata. Jangan bagi berketul. 2. Kemudian, ambil ubi kita yang dalam bekas yang dah masak tadi. Letakkan bahagian putihnya. 3. Kemudian kukus lagi 15 minit. Siap untuk dimakan. Nak lagi sedap, boleh simpan dalam peti sejuk sejam dua, kemudian baru makan.
Terasa nak makan Apam Balik Crispy? Kalau teringin, mari cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Noor Ashikin Yusuf ni memang mudah. Sekejap je dah siap dan boleh makan. Sekali buat boleh dapat dapat banyak. Memang puas makan.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan bahan satu persatu mengikut urutan. Setiap kali tambah bahan, setiap kali tu la perlu dikisar.Jangan letak semua sekaligus. Perlu kisar satu persatu. 2. Selepas dikisar, peram adunan selama 30 minit. Lebih pun tidak mengapa. 3. Panaskan kuali non-stick menggunakan api sederhana. 4. Sendukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan senipis-nipisnya. 5. Bila permukaan atas sudah mula berlubang ekcil, masukkan topping dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
6. Bila Apam Balik mula kelihatan coklat disekelilingnya, bolehlah dilipat dan diangkat. 7. Apam Balik Crispy sedia untuk dimakan.
Pulut nangka ini macam pulut durian cuma menggunakan isi nangka yang tak kurang sedapnya. Dihidang dengan kuah santan, sajian ini sesuai sangat untuk makan petang jika inginkan kelainan.
½ kg beras pulut (boleh juga guna 1 kg jika nak buat lebih)
4-5 ulas isi nangka – dibuang biji
½ kg santan pekat
1-2 sudu besar gula (ikut kemanisan nangka)
Secubit garam
1 helai daun pandan – disiat dan disimpul
Tuangkan kuah santan nangka di atas pulut semasa menghidang atau hidang berasingan untuk dicicah.
-Untuk rasa lebih harum, boleh tambahkan sedikit gula Melaka ke dalam kuah santan.
-Jika isi nangka kecil, boleh juga sediakan pulut dan kuah secara berasingan, kemudian cedokkan ke dalam pinggan ketika makan.
-Pulut yang berlebihan boleh disimpan dalam peti sejuk dan dikukus semula keesokan harinya.