Kuih ‘Legend’, Ini cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu

Share

Kuih ini antara yang popular di pantai timur, terutamanya Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, sememangnya ia sangat sedap.

Kuih tepung boko ubi kayu ni sedap dimakan ketika masih panas dan sejuk. Yang paling penting untuk membuatnya sangat senang.

Jom kita cuba buat mengikut resipi yang dikongsi Muliadi Ramli.

 

CARA BUAT BEKE UBI @ BOKO UBI

BAHAN BAHAGIAN BAWAH:

500gm ubi kayu | buang kulit basuh bersih, kemudian sagat ubi. Perah ubi yang disagat. Buang air yang ada pada ubi, ketepikan
2 keping nise kerek – beli online di sini
5 sudu besar gula – beli online di sini
Daun pandan

TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut 

TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma

CARA BUAT:

1. Masak nise kerek, gula dan daun pandan. Kemudian, ketepikan.
2. Bila air nise dah sejuk, satukan dengan ubi kayu. Kacau rata. Lepas tu masuk dalam bekas plastik. Kukus dalam 25 minit, ketepikan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN BAHAGIAN ATAS PUTIH

1 ½ kotak kecil santan – beli online di sini
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula


5 sudu besar tepung beras – beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA BUAT:

1. Satukan semua bahan. Kacau rata. Jangan bagi berketul.
2. Kemudian, ambil ubi kita yang dalam bekas yang dah masak tadi. Letakkan bahagian putihnya.
3. Kemudian kukus lagi 15 minit. Siap untuk dimakan. Nak lagi sedap, boleh simpan dalam peti sejuk sejam dua, kemudian baru makan.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN