Kuih Labu Bakar Gula Merah Lemak Manis, Sedapnya Buat Sarapan.

Share

Resipi yang ringkas, rasa lemak manis labu yang terserlah dengan campuran kelapa dan minyak sapi. Kuih yang lembut dan gebu amat sesuai sebagai sarapan atau minum petang.

KUIH LABU BAKAR GULA MERAH

 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan labu lenyek (stim atau rebus)
  • ½ cawan gula merah (kalau nak manis lagi boleh tambah 1-2 cawan Gula Merah)
  • 1 kotak kecil santan kelapa
  • ½ cawan air masak / air mineral.
  • 1 sudu besar Minyak Sapi
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen Vanilla
  • 1 cawan tepung gandum

CARA MEMASAK:

1. Campur semua bahan-bahan kecuali labu lenyek. Kacau sehingga sebati. Tapis untuk dapat adunan yang halus.

2. Selepas tapis baru masukkan labu lenyek. Kacau lagi hingga sebati.

4. Masukkan dalam pembakar dan biarkan sehingga masak.

Info: Jika suka boleh taburkan bijan di atas adunan.

Kredit: Sha Ramson Abdullah

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

 

IKLAN