Kuih Cara Lemak Manis Sedap Dimakan Bila-Bila Masa

Share

Kuih cara lemak manis ini taklah terlalu susah nak membuatnya. Sesuai untuk dijadikan hidangan ketika minum petang. Perkena pula dengan kopi P panas. Memang ngam!

Tapi sebenarnya, bila-bila pun boleh makan. Untuk sarapan pun sesuai.

Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Hazlita Ishak 

KUIH CARA LEMAK MANIS

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum – beli secara online di sini

1 sudu besar tepung jagung – boleh beli secara online di sini

Gula secukupnya – boleh  beli online di sini

1 biji telur AA

1 1/2 cawan santan

1/2 – 1 cawan air daun pandan

Sedikit pewarna hijau

1/2 cawan santan (boleh guna air tapi kalau nak lebih lemak guna santan)

1 sudu besar minyak masak

Sedikit garam – boleh beli secara online di sini

1 helai daun pandan – dilipat beberapa kali, ikat getah bahagian atas dan carik-carik bahagian hujung untuk sapu minyak pada acuan tu nanti

Cara Memasak:

Masukkan semua bahan basah ke dalam pengisar. Masukan garam, tepung gandum dan tepung jagung. Kisar semua bahan hingga sebati.

Panaskan acuan, sapu minyak dan tuang adunan. Tunggu kejap sampai nampak line hijau (tengok gambar ye) baru masukkan gula di tengah kuih. Nak tahu kenapa? Supaya tak nak bagi gula tu senang bocor.

Lepas letak gula di bahagian tengah kuih, tutup dan tunggu hingga masak, siap.

Haa. Senang kan?

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN