Kuih Buah Melaka Versi Keledek Sungguh Sedap Rasanya.

Share

Biasakan makan Kuih Buah Melaka, sangat sedapkan, kali ini RASA nak kongsikan versi kuih yang sama saja cara membuat dan bentuknya, korang hanya perlu tukar tepung pulut dengan keledek. Rasa tetap sedap, lembut dan sangat senang membuatnya, jadi buatlah senaman jejari korang dengan menguli keledek untuk jadikan Onde-Onde Keledek ini.



.

ONDE-ONDE KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

    • 500gm keledek | buang kulit dan kukus

 

    • 1 cawan tepung ubi | jika kurang tambah lagi

 

    • 1 cawan kelapa parut | gaulkan bersama sedikit garam

 

    • Gula Melaka | potong dadu kecil

 

  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

    1. Lenyekkan keledek yang dikukus hingga hancur.

 

    1. Kemudian tambahkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

 

    1. Bulat-bulatkan doh, kemudian masukkan gula Melaka di tengahnya dan bulatkan semula.

 

    1. Didihkan air dalam periuk, apabila telah mendidih masukkan doh yang sudah berisi inti tadi.

 

    1. Setelah timbul angkat dan gaulkan dengan kepala parut.

 

  1. Setelah disaluti dengan kelapa, onde-onde sedia dihidangkan atau dibawa sebagai bekal.
IKLAN