Kuih Buah Melaka Labu, Cipta Kelainan Cita Rasa

Share

Kali ini majalah RASA ingin tampilkan resipi kuih buah Melaka namun menggunakan labu. Pasti terbit cita rasa yang berbeza dengan buah Melaka yang biasa dimakan.

KUIH BUAH MELAKA LABU

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 cawan labu (kukus dan lenyekkan)
1/4 cawan air
Gula Melaka secukupnya (potong kecil-kecil)
1/2 cawan kelapa parut
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT
1. Gaul tepung pulut dan labu lenyek. Hanya tambahkan air jika perlu.

Labu yang telah dilenyekkan selepas dikukus.

2. Uli sehingga adunan sebati.

Doh yang siap diuli.

3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit.
4. Letakkan gula Melaka yang telah dipotong. Bungkus kemas-kemas.

Doh dileperkan sedikit dan diletakkan gula Melaka di atasnya. Kemudian bungkus kemas.

5. Didih air bersama daun pandan.
6. Selepas air mendidih, masukkan doh yang telah diisi gula Melaka tadi.
7. Jangan dikacau. Tunggu sahaja sehingga doh timbul.

Tunggu sehingga timbul.

8. Angkat dan toskan.
9. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
10. Kemudian gaulkan kelapa parut tadi kepada buah Melaka.

Selamat mencuba!

Norazizah Ruslan ialah Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat.

Sumber: Instagram Nora Ruslan

IKLAN