Kuih Bom Yang Sedap, Lembut & Tak Liat, Boleh Ikut Resipi Ini

Share

Kuih Bom antara kuih muih ‘orang lama’ yang masih tetap ‘femes’ hingga ke hari ini. Pendek kata, Kuih Bom ini memang kategori kuih lejen. Bukan senang nak cari kuih Bom yang kena tekak kita kan. Dapat Kuih Bom yang liat, memang boleh buat ‘potong’ selera. Berikut resipi Kuih Bom yang dikongsikan oleh Seri Sairi

. Caranya mudah dan tekstur Kuih Bom pula sangat lembut bila dimakan.

RESIPI KUIH BOM

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung pulut – BELI ONLINE
2 ketul ubi keledek (direbus dan dilecek)
2 sudu tepung gandum – BELI ONLINE
1 sudu gula – BELI ONLINE
1 sudu kecil garam – BELI ONLINE
Air
Bijan

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung pulut, gula, garam serta ubi keledek yang telah direbus dan dilecek tadi.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

3. Bentukkan doh secara bulat.

4. Masukkan inti kelapa dalam doh tadi.

5. Sediakan bijan sebagai bedak untuk ‘make upkan’ doh tadi.

 

6. Masak adunan tadi dengan api yang sederhana perlahan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Seri Sairi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN