Kuih Badak Berendam. Rasa Manis Lemak Pikat Selera

Share

Kuih badak berendam ini memang sedap. Ada rasa lemak, rasa manis yang begitu seimbang. Sedapnya.

Boleh cuba resipi daripada puan Mariana Zainal ini. Gerenti jadi. Selamat mencuba.

Kuih Badak Berendam

Bahan Inti Kelapa:

1 cawan air panas *

1/2 cawan gula merah cap Bintang *

2 sudu besar gula pasir * – boleh beli online di sini

(* Satukan kacau-kacau hingga larut dan tapis)

1/2 biji kelapa parut

1 1/2 sudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini

Secubit garam – boleh beli online di sini

1 helai daun pandan disimpul

1/2 sudu teh kicap karamel untuk cantikkan warna inti (Tak ada tak apa)

Bahan Adunan Hijau:

2 cawan tepung pulut – boleh beli online di sini

Secubit garam – boleh beli online di sini

2 sudu besar membukit tepung gandum – boleh beli online di sini

1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)

Sedikit pewarna hijau epal

Bahan Kuah Putih:

1 cawan santan pekat ( 1 kotak kecil santan brand KARA)

3 cawan air (kalau tak nak macam berkuah, kurangkan air 1/2 cawan. Memang akan jadi gedik-gedik)

1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini

2 cubit gula – boleh beli online di sini

3 sudu besar membukit tepung beras – boleh beli online di sini

2 sudu besar membukit tepung gandum – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Untuk membuat inti kelapa, panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali. Bila mendidih masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau hingga agak kering dan masukkan tepung gandum. Bila dah sebati tutup api. Biarkan sejuk. (Dah sejuk boleh bulat-bulatkan). Ketepikan.

Untuk memasak adunan hijau; didihkan air dalam periuk. Dalam masa yang sama, satukan tepung dan pati pandan. Gaul hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan. Bulat-bulatkan doh. Masukkan inti kelapa. Bulat-bulatkan.

Kemudian masukkan dalam air yang mendidih.

Apabila dah timbul, angkat dan toskan. Ketepikan.

Untuk memasak kuah putih; satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk. Guna api sederhana perlahan. Masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat.

Terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam bekas plastik (kod bekas sQ250). Masukkan 1 1/2 senduk dan terus letak bebola hijau yang dah siap ditoskan tadi.

Siap. Sedap dimakan ketika panas atau pun sejuk.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN