Sedap juga sarapan dengan kuetiau goreng, Sementelah lagi kalau makan panas-panas, perghhh sedap bila tambah cili potong. Cara membuatnya senang dan cepat disediakan. Kalau korang sukakannya masak je sendiri , lebih jimat dan puas makan. Buat lebih boleh buat bekal anak ke sekolah atau anda ke pejabat. Berikut Rasa kongsikan resipi Kuetiau yang sedap meletop ni.
KUETIAU UDANG TELUR BAHAN-BAHAN
Ads
Ads
Ads
500gm kuetiau
150gm udang | buang kulit dan kepala
3 pokok daun bawang | hiris 2-3cm
150gm tauge
2 biji telur
3 ulas bawang putih | titik
2 ulas bawang merah | dadu halus
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos ikan
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur, kacau rata dan letepikan.
Menggunakan kuali sama, tambah minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Tambah udang di dalamnya,kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan pula sos cili, tiram dan kicap.
Tambah sedikit air, kacau dan masukkan kuetiau.
Gaul rata dan perasakan dengan sos ikan, perasa ayam, serbuk lada sulah dan garam.
Setelah cukup rasa, masukkan telur yang telah digoreng tadi, tauge dan daun bawang.
Setelah sekata dan cukup rasa. Tutup api.
Kuetiau sedia dihidangkan. Kalau suka hidangkan bersama hirisan cili potong.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lontong Goreng adalah salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Johor. Sangat sedap dan mudah disediakan. Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu hendak dinikmati macam mana, nah… masaklah menu ni. Pasti berselera dan tidak membazir. Saudari Cik Puan Zee ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK LONTONG GORENG SEDAP, MUDAH & MENGENYANGKAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan tumbuk serta pes cili kering hingga garing.
2.Masukkan isi ayam. Kacau hingga masak. Ketepikan ke sisi kuali.
3. Pecahkan telur dalam kuali yang sama dan kacau seolah-olah membuat telur hancur.
4. Gaul sebati isi ayam dan telur tadi.
5. Tambahkan kesemua sayur-sayuran kecuali tauge. Kacau seketika.
6. Tambahkan potong nasi impit.
7. Perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau sebati.
8. Akhir sekali, masukkan tauge. Sebatikan.
9. Matikan api dan tabur bawang goreng diatasnya.
10. Lontong Goreng paling sedap sedia untuk dinikmati.
Ketiadaan bazar dan gerai jual lemang sudah cukup menyukarkan nak beli lemang. Iya lah nak membakarnya tentu rumit lagi lah pulak kalau dok apartment atau rumah flat, memang mustahil lah jawabnya.
Tetapi usah risau sekarang ni bukan aje dah ada trend masak lemang kukus guna cawan dan ada juga guna tin, tetapi Rozaini Razali punya caranya tersendiri memasak lemang dengan lebih pantas dan lengkap menggunakan buluh betul sekali.
Apa rahsianya, ya Rozaini menggunakan periuk tekanan tinggi @ pressure cooker untuk memasak lemang cara mudah dan pantas. Bila memasak gunakan buluh dan daun pisang lebih terasa asli aroma dan rasanya. Set 30 minit dah siap.
Jom ikut resipi ini tapi kalau nak buat 1kg lemang macam Rozaini gandakan aje jumlah sukatannya.
LEMANG PRESSURE COOKER
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan empat sudu beras pulut dalam setiap buluh (lebih kurang separuh dalam bulu)
2. Tuangkan santan yang sudah dicampur dengan air/garam dan minyak masak (paras santan biar tenggelam aje beras pulut tu) ke dalam buluh yang sudah berlapis daun pisang di dalam. 4. Paras santan dan beras pulut dalam buluh lebih kurang 3/4, jangan letak sampai penuh.
5. Susun dalam periuk ( buluh potong pendek biar muat dalam periuk), Rozaini tuangkan secawan air dalam inner pot tu. 4. Kemudian tekan 30 minit, dah siap.
Tip : Masa dah tuangkan santan, gunakan lidi gaulkan sedikit bagi santan turun dan sekata, hentak-hentak manja aje. Buluh sekarang dah ada jual secara online. Order aje, bukan senang nak cari buluh ni.
Nasi Goreng Bunga Kantan merupakan antara variasi nasi goreng tradisional yang semakin mendapat perhatian kerana aromanya yang unik dan rasanya yang cukup menyelerakan. Hidangan ini menggabungkan keharuman bunga kantan bersama keenakan pekasam daging yang rangup, menghasilkan satu kombinasi rasa yang sukar dilupakan.
Nasi goreng sememangnya antara menu kegemaran rakyat Malaysia kerana mudah disediakan dan boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Namun, penggunaan bunga kantan memberikan identiti tersendiri yang menjadikan hidangan ini lebih istimewa berbanding nasi goreng biasa.
Bunga kantan merupakan bahan yang sangat sinonim dengan masakan Melayu. Ia sering digunakan dalam hidangan seperti laksa, asam pedas, nasi kerabu, kerabu dan pelbagai jenis sambal. Aromanya yang segar serta sedikit berasid mampu menaikkan rasa sesuatu masakan dengan ketara.
Dalam hidangan ini, bunga kantan dihiris nipis sebelum ditumis bersama bahan-bahan lain. Langkah tersebut membolehkan aromanya meresap ke dalam nasi dan menghasilkan rasa yang lebih seimbang. Keharumannya juga menjadikan hidangan lebih menarik walaupun menggunakan bahan yang ringkas.
Ramai penggemar masakan kampung menganggap bunga kantan sebagai ramuan yang mampu menghidupkan karakter sesuatu hidangan. Tidak hairanlah ia terus digunakan dalam pelbagai resipi turun-temurun sehingga hari ini.
Satu lagi faktor yang menjadikan Nasi Goreng Bunga Kantan begitu istimewa ialah penggunaan pekasam daging. Pekasam merupakan makanan tradisional yang dihasilkan melalui proses penapaian dan mempunyai rasa masin serta sedikit masam yang unik.
Sebelum dicampurkan ke dalam nasi goreng, pekasam daging perlu digoreng sehingga garing. Proses ini membantu menghasilkan tekstur yang lebih rangup dan memberikan sensasi berbeza pada setiap suapan. Apabila digaul bersama nasi yang lembut, gabungan tekstur tersebut menjadikan hidangan lebih menarik untuk dinikmati.
Perpaduan rasa daripada bunga kantan, cili padi, belacan dan pekasam daging menghasilkan keseimbangan rasa pedas, masin, lemak serta aroma segar yang sukar ditandingi.
Rahsia utama untuk menghasilkan Nasi Goreng Bunga Kantan yang sedap ialah menggunakan nasi putih yang telah disejukkan semalaman. Nasi yang disimpan di dalam peti sejuk mempunyai kandungan lembapan yang lebih rendah dan tidak mudah melekat ketika digoreng.
Tekstur nasi yang lebih kering membantu setiap butir nasi kekal berasingan dan menyerap perasa dengan lebih baik. Hasilnya, nasi goreng menjadi lebih berderai, cantik dan menyelerakan apabila dihidangkan.
Selain itu, pastikan bahan kisar ditumis sehingga benar-benar naik bau. Gabungan bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan yang ditumis sempurna akan menghasilkan asas rasa yang lebih kuat dan menyelerakan.
Dalam era makanan moden yang penuh dengan pelbagai pilihan, hidangan tradisional tetap mempunyai tempat tersendiri dalam hati masyarakat Malaysia. Aroma bunga kantan dan rasa pekasam daging sering mengingatkan ramai orang kepada masakan ibu serta suasana kampung yang penuh nostalgia.
Nasi Goreng Bunga Kantan membuktikan bahawa bahan tempatan mampu menghasilkan hidangan yang unik, berkarakter dan setanding dengan pelbagai menu moden. Keistimewaan rasanya bukan sahaja terletak pada bahan yang digunakan, tetapi juga pada nilai tradisi yang dibawa bersama setiap hidangan.
Jika anda sedang mencari idea menu yang berbeza daripada kebiasaan, Nasi Goreng Bunga Kantan sememangnya pilihan yang wajar dicuba. Sekali menikmati hidangan ini, pasti anda akan memahami mengapa gabungan bunga kantan yang harum dan pekasam daging yang rangup menjadi kegemaran ramai pencinta masakan kampung.
Aroma yang semerbak, rasa yang seimbang serta tekstur yang menarik menjadikan Nasi Goreng Bunga Kantan sebagai antara hidangan tradisional yang terus relevan dan digemari hingga ke hari ini.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sos Pencicah Pedas Hijau Thai yang mudah dibuat di rumah dengan gabungan cili hijau, limau, ketumbar dan sos ikan Thai. Sedap dimakan bersama Miang Pla, seafood dan ikan bakar seperti di Hatyai.