Kudapan Raya Ala Twisties. Hanya 1 Bungkus Laksa Boleh Dapat 2 Balang. Sedap, Mudah Dan Jimat!

Share

Snek raya untuk tetamu dan sanak saudara yang yang datang berkunjung, sambil berborak boleh kunyah kudapan ni gerenti susah nak berhenti. Anak-anak yang suka sangat beli jajan tak berkhasiat dan bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan untk anak-anak, bahkan untuk diri sendiri juga, apa kata cuba snek homemade ni hanya menggunakan laksa untuk digantikan dengan jajan yang tak berkhasiat tu…

Anak-anak penggemar Twisties?, tak perlu risau lagi hanya dengan 1 bungkus laksa boleh dapat 2 balang, puas anak dan ayah makan sambil tengok tv..

 

Bahan-bahan:

  • Laksa beras yang telah dikeringkan.
    Boleh beli laksa kat kedai, buat sendiri kemudian keringkan laksa tu, jemur sampai kering.
    Atau.
  • Beli laksa segera kat kedai. Boleh terus goreng.
    Goreng sampai garing.

Tips mengoreng.

  • Guna api sederhana.
  • Goreng macam kita goreng ikan bilis, dah tak ada letup kecil dan minyak cam senyap dalam kuali tu tanda dah masak.
  • Dah masak, ikut kreativiti masing-masing. Ada orang suka makan kosong macam tu saja. Rasa lemak lemak gitu. No sugar added. Kami kurangkan gula semaksima mungkin.
  • Yang kosong macam ni pun jadi gula juga bila makan.

Kongsi resipi: Rosidah Yusoff

 

Twisties Homemade

BAHAN-BAHAN:
  • 1 paket laksa kering
  • 2 sb rempah kari daging/ayam*
  • 2 ketul kiub pati ayam maggie*
  • 1 cawan nestum original*
  • 1 sb gula*
CARA-CARA:
1)Laksa kering dipatah2kan dahulu…tidak perlu dibasuh yer..
2)Panaskan minyak dan goreng macam goreng keropok ikan….pastikan minyak betul2 panas yer..nanti tak kembang pulak laksanya…
3)Bila laksa dah kembang angkat dan ketepikan..
4)Blend kering bahan bertanda * sehingga hancur sebati
5)Gaulkan bersama keropok laksa yg digoreng tadi…

Keringkan laksa.

 

Patahkan laksa kecil2 dan sedia untuk digoreng.

 

Laksa digoreng dalam minyak yg panas sehingga jadi macam keropok
macam dalam gambar ni.

Gunakan 3 bahan ni je yg siap ada kat rumah… (terpulang kalau nak guna perasa)

 

Campuran rempah,nestum n kiub pati ayam yg telah dikisar..gaulkan dengan laksa yg siap digoreng tadi..
***Untuk memudahkan proses menggaul boleh masukkan dalam plastik atau balang dan goncangkan sebati…
Kongsi resipi: syakitchen.blogspot
CUBA JUGA RESIPI SNEK MUDAH INI:

 

IKLAN