Kuah Yong Tau foo Homemade, Sedap Macam Kat Kedai. Memang menjadi. Beli bahan untuk direbus atau dicelur sahaja, boleh makan seisi keluarga. Sesuai buat minum petang atau pun makan malam.
YONG TAU FOO
Untuk resipi kali ini terdapat dua jenis kuah yong tau foo iaitu kuah hitam dan kuah merah. Bila hendak makan hanya perlu campurkan kedua-dua kuah ini mengikut citarasa anda.
BAHAN KUAH HITAM:
Ads
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos masam manis
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH:
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu besar cili blend
1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos masam manis
4- 5 sudu besar gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
Lauk pauk dan pelbagai hidangan pencuci mulut sudah tersedia di meja. Meja makan dihias indah. Kemahiran dan pengalaman memasaknya banyak mendapat insipirasi daripada suami tersayang Datuk Mohd Sharif Yusof dan ibu saudaranya yang mesra dipanggil Mak Usu.
Baginya tiada had usia dalam belajar memasak.Datin Norlizah Attan ,45 tahun, mengakui beliau lebih serius mendalami ilmu masakan setelah mendirikan rumahtangga. “Sebenarnya saya taklah pandai memasak sangat, suami lagi handal. Saya banyak melihat dan belajar apa yang Datuk ajarkan . Segala bahan ramuan dan rencah saya sediakan dengan tunjuk ajar Datuk. Tetapi bila menumis Datuk yang siapkan.
Tetapi secara beransur dengan memerhatikan dan bersama Datuk bila memasak, skil memasak saya menjadi bertambah baik.” Ceritanya mengenai pengalaman memasak beliau.
Wanita yang berasal dari Paya Jaras, Selangor ini adalah anak bongsu daripada empat abang dan tiga orang kakak. Jadi ketika zaman meningkat dewasa tanggungjawab memasak banyak tergalas di bahu kakak-kakak beliau.
Di samping suami ibu saudara beliau Hajah Jemaah Zakiaria yang dipanggil Mak Usu juga handal memasak. Selain lauk pauk Mak Usu juga mahir memasak sajian pencuci mulut dan kuih muih. Puding Cermin hasil air tangan Mak Usu turut mewarnai meja hidangan tengahari itu.
Sh :Konsep Memasak
Biarpun memiliki segala perkakas memasak elektrik tetapi bila membuat sambal, Datin Norlizah tetap setia menggunakan lesung batu. “ Fryer, grill dan pressure cooker memang memudahkan dan menyingkatkan waktu memasak terutamanya masakan daging. Peralatan ini juga menjadikan makanan lebih sihat tanpa minyak atau sedikit minyak sedikit sahaja.
Tetapi apabila nak buat sambal belacan atau apa jenis sambal pun saya tetap menumbuk dengan lesung batu. Di rumah ni cili api memang tak pernah putus, sebab keluarga saya memang suka masakan pedas. Walau suami pandai masak tetapi citarasanya simple aje, dapat ikan goreng yang kecil dan sambal belacan dengan binjai dan timun dan telur dadar sudah cukup membuatkan Datuk makan dengan berselera,”ujarnya tertawa kecil.
Selain itu masakan Melayu seperti kari dan asam pedas juga menjadi ‘favourit’ keluarganya. Selagi yang mungkin Datin Norlizah juga gemar memasak sajian sihat kurang dan bebas minyak dan juga khasiat makanan seimbang seperti sajian hari ini Capati atau Tortilla dengan dada ayam bakar dan sayur-sayuran serta kerabu.
Ibu kepada tiga cahayamata, dua puteri remaja dan yang bongsu putera sempat berpesan sibuk macam mana biarlah anak-anak makan air tangan ibu bapa kerana di situ ada keberkatannya. Juga banyakkan selawat bila memasak, InsyaAllah anak-anak mendengar kata dan taat kepada kedua ibu bapa.
KERABU KERANG
BAHAN-BAHANNYA :
1 kg kerang |direbus dan diambil isinya
1 mangkuk taugeh
1 ikat pucuk paku | dicelur
2 ikat kecil daun selom | dihiris halus
½ biji kelapa parut | disangai tanpa minyak, tumbuk kasar
4 biji limau nipis | diambil airnya
2 biji bawang merah| dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan perencah yang ditumbuk sederhana halus:
4 biji cili padi
2 biji cili merah
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kesemua bahan.Perasakan dengan garam dan gula. 2. Siap dihidangkan bersama nasi, pastikan kesemua daun-daun sudah dicelur terlebih dahul
CAPATI GULUNG AYAM
BAHAN-BAHANNYA :
3 keping capati segera | masak di atas kuali leper
Daun salad secukupnya
Tomato dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
Sos Kewpie secukupnya
Bahan ayam bakar :
Sekeping dada ayam
Sedikit mentega
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1/2 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ambil dada ayam (perapkan dengan garam, serbuk kunyit, paprika, bawang putih dan lada hitam) 2 Biarkan perap sekurang-kurangnya 30 minit dan panaskan oven ke suhu 200 darjah Celcius. 3. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. 4. Potong kecil dan ketepikan 5. Kemudian panaskan capati di atas kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega. Masak hingga ia menggelembung dan angkat. 6. Sapukan mentega di atas capati susunkan salad, bawang dan hirisan tomato. Picitkan sos kewpie (mayonis) di atasnya. 7. Gulung dan potongkan, hidangan sedia untuk dimakan.
AYAM BEREMPAH (AYAM POP)
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong ikut saiz yang disukai
Bahan yang ditumbuk sederhana:
3 sudu makan marjerin
3 sudu makan jintan manis | disangai
3 sudu makan jintan putih | disangai
2.4sm @ 1 inci halia
2.4sm @ 1 inci lengkuas
1 biji kunyit hidup | besar ibu jari
3 sudu makan rempah kari
1 biji kelapa parut
Sedikit garam |* marjerin juga mempunyai garam
CARA MEMASAK :
Cara perapan ayam : 1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dan dipotong dengan marjerin. 2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan gaul mesra 3. Perasakan dengan garam.
Cara memasak : 4. Biarkan dan perapkan selama 3 jam atau lebih. 5. Pijarkan minyak dan goreng dengan minyak penuh. 6. Biarkan dan balikkan sehingga garing dan perang keemasan 7. Angkat dan toskan minyak. Sajian siap dihidang.
Teringin nak makan burger? Jom kita buat sendiri burger di rumah. Kali ini, kita cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Zam Akmal iaitu Burger Ayam Rangup bersama Salad Mangga. Kombinasi ayam yang garing, salad mangga yang masam manis serta lelehan keju yang menggiurkan. Tak lengkap kalau tak guna Keju Chesdale Burger ni. Memang tak menyesal cuba. Nak lagi enak, hidangkan sekali dengan Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry yang terbaru ni. Baik untuk usus dan paling penting, ia halal!
BURGER AYAM RANGUP BERSAMA SALAD MANGGA
BAHAN-BAHAN AYAM GORENG:
2 keping ayam | bahagian thigh
60gm tepung serbaguna
2 biji telur
Garam
BAHAN-BAHAN SALAD MANGGA:
1 biji bawang merah
1 biji mangga
3 sudu besar sos Thai
2 keping Keju Chesdale Burger | hiris nipis
1 ½ biji limau nipis
3 biji cili padi
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 biji roti burger
4 keping Keju Chesdale Burger
Anchor Unsalted Butter
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, perasakan ayam thigh dengan garam.
Kemudian, salutkan ayam dengan tepung serbaguna, diikuti dengan telur dan tepung serbaguna sekali lagi.
Goreng hingga keperangan.
Sementara menunggu ayam masak, boleh buat Salad Mangga.
Untuk Salad Mangga; campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.
Bila ayam dah keperangan, boleh angkat dan ketepikan.
Sapukan roti burger dengan Anchor Unsalted Butter dan panaskan di atas kuali leper hingga keperangan.
Kemudian, susunkan ayam goreng, Keju Chesdale Burger, salad mangga dan Keju Chesdale Burger sekali lagi. Tutup burger dengan roti bahagian atas. Siap dihidangkan!
Nak lebih enak dan berkhasiat, hidangkan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry.
Minum petang tidak semestinya kuih muih. Kudapan yang rangup juga boleh layan, sedar-sedar habis sebalang. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah. Bolehlah buat nanti, stok kudapan bila-bila masa pun boleh makan.
KUDAPAN
Bahan A
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar minyak*
1 sudu besar marjerin*
secubit garam*
Air
Cara membuat:
1.Gaul bahan bertanda * sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh.Uli sehingga tak lekat di jari.
Bahan B(gam/pelekat)
5 sudu besar tepung ubi
5-8 sudu besar minyak
*gaul sebati sehingga menjadi pes
Bahan C
Minyak secukupnya(untuk menggoreng)
Gula halus(untuk salutan)
Susu tepung(optional)
Cara membuat:
1.Bahagikan kepada lima bahagian dan bulat-bulatkan.
2.Ambil doh dan canai nipis.Ambil gam/pelekat tadi sapu rata di atas doh.
3.Kemudian gulung doh.Ambil pisau dan potong gulungan doh sebesar ibu jari.
4.Canai lagi doh yang dipotong tadi sekali lalu.
5.Panaskan minyak.Goreng sehingga menjadi warna kuning keemasan.
6.Tunggu sejuk dulu baru salut dengan gula halus.
7.Siap untuk dinikmati.
*kelopak tu saya guna lidi untuk buka semasa tengah menggoreng