Kriuk-Kriuk Memang Sedap. Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap

Share

Memang sedap! Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk kudapan, sarapan atau minum petang, boleh cuba resipi Tauhu Goreng Crispy perkongsian saudari Mastura Razali ni. Sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Ia sangat enak dinikmati bersama Sambal Kicap. Padu…. Sekali cuba pasti tidak menyesal. Jom lihat cara-cara penyediaannya.

 

RESIPI TAUHU GORENG CRISPY SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu basah – potong 4


5 sudu makan tepung gandum beli online disini
1 sudu makan tepung beras beli online disini
Secubit garam
1/2 sudu teh baking powder beli online disini
1 cawan air
1 kiub pati ayam + 1/3 cawan air panas (air panas ini bertujuan untuk hancurkan kiub ayam) beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Bancuh semua bahan kecuali tauhu. Adun sebati semua adunan.


2. Bila adunan sudah agak-agak sebati, barulah masukkan tauhu yang telah dipotong.


3. Gaul-gaul tauhu dalam bancuhan kemudian tapis atau sejat tauhu tersebut. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu tadi.


4. Air bancuhan tepung tadi jangan dibuang.
5. Goreng tauhu agak-agak sudah garing. Tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tauhu. Ia bertujuan nak bagi tepung melekat pada tauhu.


6. Kemudian tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu. (empunya resipi tuang air tepung dalam kuali sebanyak 2 kali)


7. Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak pada tauhu dan sementara itu bolehlah buat Sambal Kicap.

 

Dapatkan resipi Sambal Kicap DISINI

 

Kredit petua & foto: Mastura Razali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN