Krim Puff Super Sedap Untuk Bekal Anak

Share

Krim puff super sedap ini sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah. Kebanyakan kanak-anak suka krim puff yang ada rasa manis dan lemak ini.

 Resipi yang dikongsikan oleh puan Azura Isma’ eyRa ini cukup mudah. Malah dia sebenarnya pertama kali try dan ternyata menjadi. Sedap pula tu. So, follow je resipi yang diberikan itu ye.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1/2 cawan mentega – dipotong dadu – boleh beli online di sini

1 cawan air

4 biji telur (saiz C) telur – pukul sebati

1 sudu besar gula – boleh beli online di sini

Secubit garam – boleh beli online di sini

1 sudu teh esen vanilla – boleh beli online di sini

Bahan Inti Krim Kastard:

200ml susu segar

1 sudu besar tepung kastard

1 sudu besar tepung jagung boleh beli online di sini

4 sudu besar gula – boleh beli online di sini

1 biji telur

1 sudu besar mentega – boleh beli online di sini

Esen vanilla

Bahan lain:

Sedikit gula kastor – untuk tabur atas krim puff – boleh beli online di sini

Cara Memasak Krim Puff Super Sedap:

Panaskan air, Bila air mendidih, kecilkan api n masukkan mentega, biar larut. Masukkan gula dan garam. Angkat periuk dan masukkan tepung kacau hingga sebati dan tidak melekat di periuk.

Kemudian masukkan esen vanilla, biar adunan suam-suam barulah masukkan telur demi sebiji. Kacau hingga betul-betul sebati.

Ambik nozzle, masukkan ke dalam pipping bag. Tuang adunan dan paip ke dalam loyang yang dialas kertas minyak.

Bakar 20 minit, suhu 180C / 200C bergantung pada oven masing-masing. Bila sudah masak, keluarkan dan sejukkan.

Untuk membuat inti krim kastard, kacau semua bahan dalam periuk api perlahan. Bila pekat, tutup api dan masukkan mentega. Gaul rata dan paip ke dalam puff. Akhir sekali, boleh taburkan sedikit gula kastor di atas krim puff. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN