Hidangan manisan memang wajib ada di sebarang majlis keraian. Tanpanya, ibarat tak lengkap majlis yang dianjurkan. Tatkala sudah menikmati aneka makanan enak, manisan tentunya dicari sebagai pencuci mulut. Khas buat anda yang bakal mengadakan majlis rumah terbuka, RASA kongsikan aneka resipi manisan mudah yang boleh dicuba.

 

1. KEK BATIK BISKUT MARIE

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm serbuk milo
  • 250gm mentega
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • Sepeket besar biskut Marie | patahkan empat

CARA MEMASAK:

  1. Lapik loyang dengan patchment paper supaya mudah untuk keluarkan kek setelah masak.
  2. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
  3. Setelah sebati masukkan pula serbuk koko dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie dan gaulkan.
  5. Tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan supaya mampat.
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.

 

2. CHEESE TART

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN PASTRY:

  • 170gm mentega
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur gred C
  • 280gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN CREAM CHEESE:

  • 350gm cream cheese / krim keju
  • 10 sudu makan susu pekat manis
  • 5 sudu makan gula aicing
  • 1 biji telur gred C

CARA MEMASAK PASTRY:

  1. Pukul gula dan mentega sampai kembang dan putih.
  2. Tambahkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan doh dan tekankan kedalam acuan kemudian bakar dengan suhu 170C selama 20/25 minit.

CARA MEMASAK CREAM CHEESE:

  1. Pukul dengan mixer semua bahan dan pastikan tidak berketul.
  2. Paipkan atas pastry tart.

 

3. APAM POLKADOT

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 150ml susu penuh krim
  • 250gm tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur gred A (sejuk)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh ovelatte

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan telur, gula dan ovelatte ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan maksima sampai sebatian menjadi kembang dan berwarna putih.
  2. Masukkan susu dan baking powder mix lagi sampai sebati kemudian masukkan tepung mix dengan kelajuan sederhana.
  3. Bahagikan kepada 4 bahagian dan letakkan warna yang berlainan.
  4. Paipkan ke dalam acuan dan buatkan dot-dot.
  5. Kukuskan selama 15 minit.

 

4. PUDING CARAMEL

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN CARAMEL:

IKLAN
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan air

BAHAN PUDING:

  • 5 biji telur gred A
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu makan gula

CARA MEMASAK CARAMEL:

  1. Panaskan gula hingga menjadi hangus dan masukkan air.
  2. Kemudian letakkan dalam loyang.

CARA MEMASAK PUDING:

  1. Pecahkan telur ala-ala manja asalkan kuningnya tidak pecah.
  2. Panaskan susu cair dalam periuk api sederhana dan tambahkan gula.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam telur yang telah dipecahkan dan kacau sebati.
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi caramel dan bakar selama 45 minit menggunakan cara stim bath suhu 160 darjah.
  5. Setelah masak letakkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.

 

5. PUDING BUAH – BUAHAN

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 tin buah-buahan koktail
  • 150gm gula kastor
  • 600ml air
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh perasa mangga

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan masukkan susu cair dan gula kastor.
  2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar dan perasa mangga masakkan selama 3 minit.
  3. Tutupkan api dan masukkan buah-buahan koktail.
  4. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum di hidang.

 

6. PIC CUSTART TART

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN PASTRY:

  • 170gm mentega
  • 50gm gula aicing
  • 1 biji telur gred C
  • 280gm tepung gandum
  • 1sudu teh esen vanilla

BAHAN KASTARD:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 1/2 cawan air suam
  • 10 sudu makan susu pekat manis (ikut tahap manis kesukaan)
  • 1 sudu makan mentega

BAHAN HIASAN:

IKLAN
  • Buah pic dalam tin

CARA MEMASAK PASTRY:

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan esen vanila dan telur kacau lagi.
  3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh dan tekankan dalam acuan.
  4. Bakar doh selama 20/25 minit 170C.

CARA MEMASAK KASTARD:

  1. Bancuh tepung kastard air dan susu.
  2. Kemudian masak atas api sederhana dan kacau supaya tidak berketul.
  3. Masak hingga pekat dan mendidih.
  4. Tutup api dan paipkan dalam pastry tart, hias dengan buah pic.

 

7. EGG TART

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN PASTRY:

  • 170gm mentega
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur gred C
  • 280gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN FILLING:

  • 1 cawan susu cair
  •  4 biji telur gred A
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan tepung kastard

CARA MEMASAK PASTRY:

  • Pukul gula dan mentega sampai kembang dan putih.
  • Tambahkan telur dan esen vanilla.
  • Masukkan tepung dan uli menjadi doh.
  • Bulat-bulatkan doh dan tekankan ke dalam acuan kemudian bakar dengan suhu 170C selama 20-25 minit.

CARA MEMASAK FILLING:

  1. Larutkan gula dalam air suam.
  2. Satukan semua bahan lain ke dalam air gula dan kacau sebati.
  3. Tapiskan bahan dan tuangkan ke dalam pastry tart.
  4. Bakar tart selama 25 minit pada suhu 160 darjah.

 

8. PUDING ROTI

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN PUDING:

  • 8 keping roti
  • 2 cawan susu segar / cair
  • 4 sudu makan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan mentega |cairkan
  • 1 kotak kecil kismis

BAHAN SOS KASTARD

IKLAN
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin | gula  dan susu
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK PUDING:

  1. Masukkan susu, gula, esen vanilla dan kacau sebati.
  2. Masukkan pula telur dan kacau lagi.
  3. Carikkan roti kepada 4 bahagian biar serap sekejap , masukkan butter cair tadi dan letak separuh kismis.
  4. Letakkan marjerin dalam bekas loyang dan letakkan dalam loyang.
  5. Taburkan lebih kismis di atas roti dan bakar 180C selama 30 minit.

 

CARA MEMASAK SOS KASTARD:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk. Larutkan dahulu sebelum api dinyalakan.
  2. Setelah rata,panaskan periuk dan kacau sehingga masak sampai sos menjadi pekat.

 

9. PUDING SUSU

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 600ml air
  • 1/2  tin susu pekat
  • Sedikit pewarna

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
  2. Masukkan susu pekat dan pewarna.
  3. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.

 

10. PUDDING PEACH CUSTARD

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 100gm gula
  • 15gm agar-agar kering
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • Hirisan buah pic secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rendam agar-agar kering selama 30 minit.
  2. Didihkan agar-agar bersama air dan gula hingga larut sepenuhnya.
  3. Tapis dan tuang semula ke dalam periuk. Masukkan susu cair, tepung kastard dan didihkan lagi dengan api yang kecil (sampai hampir mendidih). Pastikan bancuhan tidak berketul.
  4. Di dalam acuan, susun beberapa hirisan pic lalu tuang bancuhan puding tadi.
  5. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

 

 

11. CHOCOLATE PIE

Koleksi Resipi Dessert Mudah & Boleh Masak Sehari Sebelum Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN A:

  • 280gm tepung gandum
  • 115gm shortening
  • 115gm mentega
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan air sejuk (berais)
  • Sedikit garam

BAHAN-BAHAN B (ISIAN):

  • 120gm coklat masakan
  • 140gm gula perang
  • 55gm mentega
  • 3 sudu makan golden syrup
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  2. Untuk membuat isian pai; cairkan coklat masakan, mentega dan golden syrup dengan kaedah ‘double boil’ hingga likat. Angkat mangkuk coklat cair dari kuali berisi air panas dan masukkan telur, esen vanila dan gula.  Kacau sebati. Ketepikan.
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh hingga menjadi kepingan yang agak nipis dan letak doh di dalam acuan mini pai/tat.  Bakar selama 10 minit terlebih dahulu.  Sejukkan.
  4. Tuang bancuhan coklat ke dalam acuan doh yang dibakar dan disejukkan tadi.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga keperang-perangan. Sejukkan pai.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk selama sejam sebelum dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI