Terdesak tak ada orang nak masak masakan untuk pengantin, jangan risau ini RASA kongsikan sembilan menu super senang dan sedap.  Menu hari-hari tetamu diinovasikan sebagai makanan pengantin, teliur dibuatnya sebab tu, korang semua kena cuba buat. Bab hiasan ikut kreativiti. Sesuai sangat musin orang kahwin sekarang ni.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

 SIAKAP LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | siang dan bersihkan
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih| mayang halus
  • 2cm halia | mayang halus
  • 1 sudu makan  puri tomato
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan hirisan halia, bawang putih, bawang besar hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan puri tomato, kicap pekat dan kicap manis.
  6. Seterusnya perasakan dengan sedikit garam dan kacau rata.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api, kemudian tuangkan sos lada hitam ke atas ikan goreng tadi.
  8. Ikan sedia dihidangkan.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

SIAKAP MADU TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap  | siang dan besihkan
  • 1 biji tomato | dadu kecil
  • 1 keping nanas dalam tin | dadu kecil
  • 1/4 batang timun |  potong dadu
  • 1/4 lobak merah  | potong dadu
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 batang serai
  • 1 sudu makan jus limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas), goreng ikan hingga garing. Ketepikan dalam pinggan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4.  Tumis bahan kisar hingga wangi dan timbul minyak.
  5. Masukkan bahan sayur-sayuran yang telah dipotong dadu tadi. Kacau rata  lebih kurang tiga minit.
  6. Masukkan sos cili dan garam dan gula  secukup rasa.
  7. Akhir sekali, tuangkan sos atas ikan goreng tadi dan hidangkan.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

AYAM GOLEK THAI SOS

BAHAN-BAHAN:

 Bahan Ayam Golek:

  • 1 ekor ayam  | bersih dan tos
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk  jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk  jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Sos Thai::

  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 4 biji cili merah  | kisar kasar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketimbar | hiris
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan  dan garam. Perapkan 30 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
  5. Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

NASI BRIYANI  

BAHAN-BAHAN;

  • 1kg beras basmati pusa | rendam 30 minit
  • 10gm rempah briyani
  • 2 helai daun pandan | simpul
  • 1 batang serai | titik
  • 2 biji bawang besar | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia  | kisar
  • 1 cawan susu cair
  • 1 liter air
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit biji gajus
  • Sedikit kismis
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak

Rempah Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.
  2. Goreng biji gajus dan kismis. Ketepikan.
  3. Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi.
  4. Baru masukkan rempah briayani. Kacau hingga pecah minyak.
  5. Seterusnya masukkan beras dan gaul rata. Kemudian masukkan air, susu cair, garam dan pati ayam.
  6. Tuangkan dalam periuk nasi elektrik dan biarkan nasi sehingga separuh masak.
  7. Kemudian masukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi, gaul rata.
  8. Tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi masak lebih kurang lima minit lagi.
  9. Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam | bersihkan
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Sos Percik:

  • 1 liter santan pekat
  • 4 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 4cm halia | kisar
  • 3cm lengkuas  | kisar
  • 3cm kunyit hidup | kisar
  • 3 biji cili merah | kisar
  • 3 batang serai  | kisar
  • Garam  dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
  2. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan  minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas).
  4. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
  6. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  7. Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
  8. Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
  9. Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.

 

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

AYAM GOLEK SAMBAL MERAH

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam | bersih dan tos
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan Sambal:

  • 3 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 6cm halia | kisar
  • 2 batang serai | kisar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 100ml susu cair
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya  untuk menggoreng dan menumis

Rempah penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan pengukus, kukus ayam  lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
  4. Untuk menyediakan sambal.
  5. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
  6. Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
  8. Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

UDANG SOS OREN

BAHAN-BAHAN:

Bahan Udang Goreng:

  • 500gm udang saiz XL | bersih dan toskan
  • 100 gm tepung jagung
  • 2 biji telur | kacau sebati
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos:

  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu makan pati oren
  • 1/2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • ½ sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
  2. Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
  3.  Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.
  5. Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.
  6. Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.
  7. Kacau seketika atas api sederhana.
  8. Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

SOTONG SUMBAT SRI ASTANA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor sotong basah | bersihkan dan buang kulit luar.
  • 150ml pati santan
  • 1 helai daun pandan
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sumbat;

  • 2 biji tauhu | hancurkan
  • 1 pokok daun bawang | hiris
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 1 tangkai cili merah | cincang
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bahan sumbat. Masukkan tauhu dalam mangkuk bersama hirisan daun bawang, bawang dan cili.
  2. Seterusnya masukkan telur dan secubit garam. Kacau sebati.
  3. Setelah sebati dan cukup rasa, sumbatkan dalam sotong.
  4. Kemudian kemaskan hujung sotong dengan lidi. Lakukan hingga habis. Ketepikan.
  5. Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  7. Masak atas api sederhana, apabila mendidih masukkan sotong.
  8. Biarkan kuah mereneh dan kacau sekali sekala.
  9. Apabila kuah pekat dan melekat pada sotong angkat dan hidangkan.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

BAWAL KICAP SRI PENGANTIN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan bawal | bersih, kelar dan tos
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 4 cm halia | hiris
  • 1 batang serai  | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan kicap manis
  • ½ sudu makan kicap pekat
  • Garam dan perasa secukupnya secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak. Masukkan kicap pekat manis, kicap pekat, kemudian perasakan dengan sedikit garam (jika perlu kerana kicap sudah masin).
  5. Setelah secukup rasa, tuangkan sos kicap di atas ikan.
  6. Sebelum dihidangkan hias atasnya dengan hirisan daun bawang dan cili.

  Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

UDANG PANJAT

BAHAN-BAHAN:

  • 15 ekor udang  saiz besar | bersihkan
  • 1 biji nanas madu
  • 200gm tepung jagung
  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Lidi satay | untuk cucuk udang

 CARA MEMASAK:

  1. Cucuk udang dengan lidi satay hingga habis.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian kacau dengan sedikit garam dan lada sulah.
  3. Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
  4. Celupkan udang dalam telur dan golekkan di dalam tepung jagung.
  5. Kemudian segera goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  6. Untuk menghias, potong dua nanas, ambil bahagian atas ( bahagian yang berpucuk).
  7. Letakkan dalam pinggan, kemudian cucukkan udang di sekeliling nanas seakan udang panjat.
  8. Udang sedia dihidangkan dengan sos pilihan.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

SOTONG PANJAT

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor sotong basah saiz besar | bersihkan
  • 250 gm tepung jagung
  • 3 biji telur ayam
  • 10 biji telur burung puyuh
  • 10 biji tomato ceri warna merah
  • 10 biji tomato ceri warna kuning
  • 1 biji nanas madu
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa
  •  Minyak masak  secukupnya untuk menggoreng
  • Lidi satay | untuk cucuk sotong

CARA MEMASAK:

  1. Cucukkan sotong pada lidi satay. Lakukan hingga habis.
  2. Pukul telur dalam mangkuk bersama sedikit garam dan lada sulah.
  3. Sementara itu panaskan minyak.
  4. Seterusnya, celup sotong dalam bancuhan telur, kemudian golekkannya di atas tepung  jagung dan segera goreng dalam minyak panas.
  5. Setelah garing angkat dan toskan minyak.
  6. Sambil itu, cucukkan tomato ceri warna merah, diikuti telur puyuh dan diakhiri dengan tomato ceri warna kuning.
  7. Potong nanas, ambil bahagian atas (bahagian pucuk). Kemudian cucukkan lidi sotong dengan tomato mengelilingi nanas  secara berselang seli dengan lidi buah tomato.
  8. Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sos cili di meja makan beradab pengantin.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

NASI PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi pusa | rendam sekurang-kurangnya setengah jam
  • 3 helai daun pandan | simpul
  • 150ml air pandan
  • 60 ml susu cair
  • 1 liter air
  • 1 batang serai | titik
  • 3 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia muda | kisar
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan Rempah Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, serai dan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air, susu cair, air daun pandan, pewarna hijau dan perasakan dengan garam.
  3. Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk nasi elektrik dan masak lebih kurang 20-30 minit.
  4. Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.

 Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin  Senang & Sedap, Korang Semua Bolah Buat.

BAWAL  SAMBAL MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal siang dan bersihkan
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia  | kisar
  • 1 batang serai | kisar
  • 100 gm sos tomato
  • 100 gm sos cili
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan susu cair, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  7. Tutup api, tuangkan sos sambal di atas ikan goreng.
  8. Hidangkan panas-panas.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI