Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu kenyataan di media sosial rasmi telah mengeluarkan larangan jualan terhadap produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual dan tiada maklumat pengeluaran pada labelnya.
Ads
Hasil pemantauan terkini yang dijalankan oleh Program Keselamatan Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati bahawa gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Ads
Sibutramine ini adalah ubat terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM. Ia merupakan sebatian kimia yang bertindak di otak sebagai penyekat rasa lapar & mengawal selera makan, dan biasanya digunakan dalam kebanyakan produk menguruskan badan.
Pengambilan Sibutramine boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap tubuh antaranya gangguan fungsi jantung, mulut kering, mual, sembelit, sukar tidur dan banyak lagi.
Gula-gula Apple S juga didapati tidak mematuhi syarat perlabelan yang ditetapkan seperti tiada nama sebenar produk dalam Bahaaa Malaysia juga tiada maklumat mengenai pengilng, pembungkus, pengedar atau pemilik hak pengilangan dan pengimport.
Oleh yang demikian, KKM mengarahkan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang memiliki stok produk tersebut menghentikan serta merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk tujuan penyitaan.
Pada masa yang sama, semua bentuk pengiklanan produk ini harus diberhentikan dan orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu berhenti serta merta dan segeralah berjumpa pegawai kesihatan untuk mendapatkan nasihat serta rawatan.
Siapa sangka Dato’ Fazley Yaakob yang merupakan chef selebriti, penyanyi dan penceramah motivasi telah mengharumkan nama Malaysia dengan menerima Alumni Paling Cemerlang sempena Majlis Gala Alumni Le Cordon Bleu di Paris pada 18 September lalu. Berita kemenangan ini telah dikongsi oleh beliau sendiri melalui akaun instagramnya.
Le Cordon Bleu merupakan institusi yang menawarkan pengajian seni kulinari dan pengurusan hotel terbaik sejak tahun 1985 dengan penglibatan 20,000 pelajar daripada 100 negara setiap tahun. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini sudah menyempurnakan pengajian dalam jurursan Diploma de Patisserie pada tahun 2013 dan Hautes Etudes du Gout pada tahun lepas.
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Selain Dato’ Fazley terdapat tiga graduan lain turut tercalon dalam kategori yang sama adalah Ye Daniel dari China (Diploma de Cuisine, 2008), Aaron Isip dari Filipina (Diploma de Cuisine, 2005) dan Shu Pin Sandra Yu dari Taiwan (Grand Diplome, 2008). Empat calon telah disenarai pendek menjadi dua percalonan sahaja dan Dato’ Fazley akhirnya telah terpilih sebagai pemenang utama. Anugerah ini berdasarkan pencapaian kecemerlangan dan sumbangan kepada dunia masakan, serta menerima liputan media yang paling berkesan untuk kerjaya masing-masing selepas menamatkan pengajian mereka di institut ini.
Empat panel juri khas diberi tugas mengadili untuk pemenang anugerah ini. Mereka adalah Pengarah Eksekutif Seni Kulinari Le Cordon Bleu Paris Eric Briffar; Pastry Cef Tebaik Perancis 2015, Jerome Chaucesse; Cef Eksekutif Restoran Laurent dan Cef Michellin Star, Cef Alain Pégouret serta Pengarah Sommelier Hotel Ternama di Paris, Estelle Touzet.
Selain anugerah alumni paling cemerlang, dua anugerah lain turut disampaikan semasa majlis tersebut adalah The Best Alumnus Concept dan The Most Successful Entrepreneur.
Rancangan reality masakan luar negara, The Great British Bake Off menobatkan Syabira Yusoff sebagai juara rancangan tersebut bagi musim ke-13!
Apa yang lebih manis, Syabira merupakan anak kelahiran Malaysia dan juga peserta wanita pertama menjuarai pertandingan tersebut sejak kali terakhir pada musim ke-8.
Menggunakan kreativiti menghasilkan kek berbentuk orang utan, Syabira, 32 tahun, untuk menambat hati juri dan seterusnya menewaskan saingan sengit daripada Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30.
Dalam pusingan akhir rancangan tersebut, peserta dikehendaki menyediakan kek mengikut tema yang diberikan iaitu kelestarian.
Digambarkan sebagai cabaran untuk meraikan bumi ini bermakna peserta yang tinggal dikehendaki menggunakan bahan-bahan yang hasil tempatan bersifat mampan.
Juri rancangan, Paul Hollywood memuji Syabira kerana telah memperkenalkan rasa yang tidak pernah mereka jumpa sebelum ini sepanjang beberapa musim dan Syabira merupakan seorang pembuat kek yang sangat hebat.
Syabira bermastautin di United Kingdom sejak 2013 untuk menyambung pengajiannya ke peringkat tertinggi. Kini dia merupakan seorang penyelidik kardiovaskular di King’s College London.
Syabira mula belajar membuat kek dan pastry secara serius sejak tahun 2020, iaitu ketika mula-mula pandemic melanda dunia.
The Great British Bake Off ialah sebuah rancangan realiti masakan yang disiarkan sejak tahun 2010, ia memaparkan beberapa peserta yang merupakan tukang masak atau baker amatur berentap untuk merebut gelaran juara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia yang serba pantas hari ini, hubungan antara jenama dan masyarakat tidak lagi terbina sekadar melalui kehadiran produk di rak pasar raya. Sebaliknya, ia menuntut penglibatan yang lebih dekat supaya hubungan yang terjalin jadi lebih rapat. Berlandaskan aspirasi tersebut, Majalah RASA dan JALEN terus mewujudkan inisiatif strategik yang menyatukan jenama dan komuniti.
Memasuki tahun ketiga penganjuran, program Demo Masakan Menu Harian Bersama RASA x JALEN konsisten turun padang menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.
Bermula dari tahun 2024, program ini aktif mendekati masyarakat dengan menyantuni para guru di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam, kemudian berkongsian ilmu memasak bersama para peserta Kursus PraPerkahwinan Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Seterusnya di tahun 2025, RASA & JALEN lebih aktif turun padang dengan menganjurkan Demo Masakan Menu Harian bersama Komuniti PPR Kota Damansara, ahli-ahli Badan Kebajikan Keluarga Anggota Tentera (BAKAT) dan juga ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Tahun ini, dengan misi yang sama, RASA & JALEN meneruskan tradisi dengan turun ke seluruh perusuk negara untuk bersama-sama dengan komuniti melalui Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN.
Edisi tahun ini dimulakan dengan Demo Masakan Menu Harian Bersama bersama ahli qariah Masjid Al-Falah, Kampung Budiman, Shah Alam.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan ini berjaya menghimpunkan ahli qariah masjid dalam satu platform santai dan bermanfaat.
Pada sesi tersebut, Chef Syamil Halek berkongsi tiga resipi praktikal yang mudah disediakan di rumah, iaitu Cucur Udang Tomyam bersama Sos Thai JALEN, Ayam Bakar Black Pepper bersama Nasi Jepun dan Talbinah bersama Kordial JALEN.
Komuniti Masjid Al-Falah ni memang ‘sporting’ habis! Semuanya teruja tengok chef memasak. Lagi seronok bila para peserta dapat mencuba air tangan chef. Sambil tengok chef berkongsi resipi, ada juga sesi pop kuiz. Ha… memang gamatlah suasana. Semua teruja nak menang hadiah!
Chef Syamil juga tidak keseorangan. Beliau ditemani oleh Haniff Harussani selaku hos. Celotehnya yang bersahaja menghiburkan semua peserta hadir. Memang ‘happening’! Ada sahaja usikan untuk para peserta yang rata-ratanya adalah para ibu yang sememangnya pengguna setia produk JALEN.
c
Sebagai tanda penghargaan, pihak JALEN turut menaja cenderahati khas buat ahli qariah Masjid Al-Falah yang hadir. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan jenama dalam menghargai sokongan masyarakat setempat melalui Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN.
JALEN merupakan jenama yang kukuh dalam industri makanan tempatan dengan rangkaian produk yang menyeluruh seperti kicap manis dan masin, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos lada hitam serta pelbagai pilihan kordial minuman. Setiap produk dirumus bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia serta sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan, sama ada tradisional mahupun moden.
Keistimewaan JALEN terletak pada komitmennya menawarkan produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, pendekatan harga mesra rakyat menjadi keutamaan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati produk yang diyakini mutu dan keselamatannya.
Seiring perkembangan pasaran, JALEN turut memperkenalkan segmen baharu seperti pakej doorgift yang sesuai untuk majlis perkahwinan, acara komuniti dan program korporat. Inisiatif ini mencerminkan inovasi jenama dalam mempelbagaikan kegunaan produk selaras dengan gaya hidup pengguna masa kini.
Selain itu, perancangan kolaborasi bersama jenama animasi popular Didi & Friends bagi rangkaian kordial kanak-kanak turut dijangka memperkukuh kedudukan JALEN dalam segmen keluarga.
Matlamat utama adalah memastikan produk JALEN terus menjadi pilihan utama dapur rakyat Malaysia, bukan sahaja kerana kualitinya, tetapi kerana nilai kebersamaan yang dibawa melalui setiap inisiatif komuniti menerusi Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN.
Kolaborasi JALEN x RASA membuktikan bahawa apabila jenama dan media berganding bahu dengan visi yang jelas, impaknya melangkaui aspek komersial. Ia membina kepercayaan, memperkukuh hubungan dan menyatukan masyarakat melalui pengalaman yang dikongsi bersama menerusi Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN.
Terima kasih kepada JALEN atas kepercayaan dan komitmen berterusan sepanjang dua tahun ini. Semoga kerjasama ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara.