Apa khasiat Chia Seed ni? Kalau nak tahu, Chia seed merupakan jenis biji-bijian kecil yang berasal daripada tanaman Salvia hispanica L. Tanaman ini tumbuh di Mexico dan Amerika Selatan. Rasa chia seed ini tawar dan untuk memakannya, anda perlu merendamnya di dalam cairan atau air selama beberapa minit. Untuk memberi rasa, boleh dicampurkan dengan jus buah-buahan dan makanan lain juga.

Chia seed mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat baik dan diperlukan tubuh untuk menurunkan trigliserida. Selain mengandungi asid lemak omega-3, chia seed juga memiliki banyak serat. Bahkan, ia juga mengandungi pelbagai jenis nutrisi lain iaitu kalsium, fosforus, protein, karbohidrat, tembaga, kalium, dan zink.  Berikut adalah di antara manfaat chia seed untuk kesihatan yang perlu anda ketahui.

Chia seed organik dan produk organik lain boleh didapati di Love Earth: 

Khasiat Yang Boleh Diperolehi Bila Amal Makan Chia Seed

KHASIAT CHIA SEED

1. MENURUNKAN KOLESTEROL

Salah satu manfaat chia seed yang cukup penting adalah sebagai anti peradangan. Kata ‘chia’ berasal daripada kata ‘chian’, yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Sebagai salah satu sumber terkaya dari omega-3 dan asid alpha-linolenic, chia seed mengubati berbagai gangguan kesihatan. Chia seed melawan radikal bebas, mengurangi peradangan dan menurunkan kolesterol.

2. TINGGI SERAT

Serat makanan membantu mengurangi kolesterol, peradangan dan sembelit. Chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik. Dua sudu makan chia seed menyediakan lebih dari sepertiga keperluan serat harian yang diperlukan.

3. MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Chia seed kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada pigmentasi, sel karsinogenik dan melambatkan proses penuaan.

4. KAWAL GULA DALAM DARAH

IKLAN

Manfaat chia seed yang lainnya adalah mengendalikan kadar gula darah. Meningkatnya kadar gula darah adalah salah satu dari banyak masalah kesihatan utama  kini. Chia seed adalah salah satu makanan terbaik yang dapat mengawal kadar gula dalam darah. Jadi sangat bagus diambil oleh mereka yang memiliki penyakit kencing manis.

5. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Kombinasi serat, protein dan nutrisi lain yang terkandung di dalam chia seed mampu memberikan efek kenyang. Jadi ia dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama dan seterusnya membantu anda menurunkan berat badan secara sihat.  

6. MENGUATKAN TULANG
Chia seed mengandungi kalsium, mgnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Ia dikatakan dapat membantu menguatkan struktur gigi dan tulang yang sihat dan kuat. Bijirin ini juga boleh dijadikan sumber alternatif bagi mendapatkan zat kalsium bagi anda yang kurang minum susu.

 

Chia Seed ni rasanya tawar. Oleh itu, untuk menikmatinya secara sedap, anda boleh menambahkan ke dalam hidangan kegemaran seperti salad, minuman, manisan dan sebagainya. Berikut adalah antara resipi mudah yang boleh dihasilkan menggunakan bijiirin ini.

 

RESIPI GUNA CHIA SEED

IKLAN

 

1. BLACKBERRY CHIA SEED JAM

Khasiat Yang Boleh Diperolehi Bila Amal Makan Chia Seed

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan beri hitam (blackberry) – boleh ganti dengan buah beri lain yang mudah diperolehi
  • 1 1/2 sudu makan jus lemon (daripada separuh buah lemon)
  • 1 – 2 sudu makan madu
  • 2 sudu makan chia seed

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali kecil dengan api sederhana. Masukkan beri hitam dan jus lemon. Kacau sambil lenyek-lenyekkan beri hitam menggunakan bahagian belakang garpu.
  2. Masukkan 1-2 sudu madu untuk memberi rasa manis pada jem. Kacau perlahan. Masukkan chia seed dan kacau lagi.
  3. Angkat dan sejukkan kira-kira lima minit supaya ia memekat. Setelah sejuk tuang ke dalam bekas jem kedap udara. Pindahkan ke dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan apabila hendak menikmati.

 

2.  PUDING CHIA MATCHA GREEN TEA    

IKLAN

Khasiat Yang Boleh Diperolehi Bila Amal Makan Chia Seed

BAHAN-BAHAN:

  • 2  cawan susu badam
  • 2 sudu makan sirap maple atau madu| pilihan
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu teh serbuk matcha
  • 6 sudu makan chia seed

HIASAN:

  • Daun pudina secukupnya
  • Buah strawberi secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Kisar susu almond, sirap maple, ekstrak vanila dan serbuk matcha hingga lembut sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan chia seed. Kacau sebati. Terus kacau kira-kira 15 minit. Kemudian biarkan semalam di dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan kacau seketika dan tuang ke dalam cawan menghidang.
  4. His dengan sedikit daun pudina dan hirisan strawberi.
  5. Sedia dinikmati sejuk.

 

3.  OAT PORRIDGE WITH CHIA SEED PEACH AND HONEY

Khasiat Yang Boleh Diperolehi Bila Amal Makan Chia Seed

BAHAN-BAHAN:

  • ¼ cawan oat
  • 13 cawan air
  • 1/8 cawan jus pic + 5 biji pic
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/8 sudu teh ekstrak vanila
  • ½ sudu teh gula  
  • Chia seed secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Hiris pic dan ketepikan.
  2. Di dalam satu mangkuk, masukkan oat, air , hirisan pic serta jus buah pic.
  3. Masukkan ke dalam mikrowave dan panaskan mikrowave sehingga 500watt kira-kira dua minit. Kacau sekejap dan panaskan lagi untuk satu minit dan sehingga masak.
  4. Kemudian tinggikan sehingga 1200watt dan panaskan untuk 30 saat. Kacau lagi dan panaskan lagi untuk 30 saat dan sehingga ia masak sepenuhnya.
  5. Keluarkan dan tabur serbuk kayu, ekstrak vanila, chia seed dan gula. Gaul sekata. Akhir sekali, boleh hiaskan dengan hirisan pic, chia seed dan daun pudina ketika menghidang.
  6. Sedia dinikmati.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI