
Banyak rupanya khasiat teh hijau. Jika anda masih lagi minum teh tarik yang manis, amalan ini patut diubah atau dikurangkan jumlah pengambilannya. Sebagai alternatif, cubalah beralih kepada minuman teh hijau pula.
Minuman ini adalah minuman tradisi penduduk Jepun. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam teh hijau dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk badan. Patutlah rakyat Jepun suka sangat minuman ini dan tergolong dalam negara yang penduduk paling panjang umur. Anda pun nak sihat? Jom lihat kebaikan-kebaikannya!
Khasiat Teh Hijau Untuk Kesihatan
1. Tinggi Antioksidan

Teh hijau mengandungi polyphenols seperti flavonoids dan catechin yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh serta melindungi sel daripada kerosakan.
Sebatian paling kuat dalam teh hijau ialah Epigallocatechin Gallate (EGCG) yang terkenal dengan kesan kesihatan yang sangat baik. Selain itu, teh hijau juga mengandungi mineral semulajadi yang menyokong kesihatan tubuh.
2. Rangsang Fungsi Otak

Minum teh hijau bukan sahaja membuatkan anda lebih bermaya, malah membantu meningkatkan fungsi otak. Kandungan kafein dalam teh hijau bertindak sebagai perangsang minda.
Selain itu, asid amino L-theanine dalam teh hijau membantu meningkatkan fokus dan memberikan rasa tenang. Gabungan ini menjadikan teh hijau minuman yang baik untuk produktiviti harian.
3. Galak Pembakaran Lemak

Teh hijau sering digunakan dalam suplemen penurunan berat badan kerana dipercayai mampu meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak. Walaupun kesannya berbeza bagi setiap individu, ia tetap membantu menyokong gaya hidup sihat.
4. Kurangkan Risiko Kanser

Amalan minum teh hijau dikaitkan dengan pengurangan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, prostat dan usus. Ini disebabkan kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau.
Namun, elakkan mencampurkan susu kerana ia boleh mengurangkan kesan antioksidan tersebut. Sebaiknya minum teh hijau tanpa tambahan bahan lain.
5. Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson
Teh hijau membantu melindungi otak daripada penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson. Sebatian bioaktif dalam teh hijau menyokong kesihatan neuron dan fungsi otak dalam jangka panjang.
6. Bunuh Bakteria dan Kuatkan Gigi

Kandungan catechin dalam teh hijau mampu melawan bakteria serta virus seperti influenza. Ia juga membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi dan masalah mulut berbau.
7. Mengurangkan Risiko Diabetes Tahap II

Pengambilan teh hijau secara konsisten boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal paras gula dalam darah. Kajian menunjukkan risiko diabetes tahap II boleh dikurangkan dengan amalan ini.
8. Rendahkan Risiko Penyakit Jantung

Teh hijau membantu meningkatkan tahap antioksidan dalam darah dan melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan. Ini secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung.
9. Menurunkan Berat Badan dan Kurangkan Obesiti

Jika anda ingin menurunkan berat badan, amalkan minum teh hijau secara konsisten. Ia membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan lemak, terutamanya di bahagian abdomen.
Untuk hasil terbaik, gabungkan pengambilan teh hijau dengan senaman dan pemakanan seimbang.
Kenapa Teh Hijau Pilihan Gaya Hidup Sihat?

Teh hijau bukan sekadar minuman biasa, tetapi merupakan amalan gaya hidup sihat yang diamalkan sejak dahulu lagi. Dengan pelbagai manfaat kesihatan, tidak hairanlah ia menjadi pilihan utama ramai individu yang mementingkan kesihatan.
Mulakan dengan menggantikan minuman manis harian anda kepada teh hijau dan rasai sendiri perubahan positif pada tubuh anda.
Sumber rujukan: www.healthline.com
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Matcha Latte Homemade: Resipi Mudah Ala Kafe Yang Super Sedap & Jimat!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!





