Ketupat Lemak Manis, Uniknya Gabungan 3 Rasa Dalam 1 Ketupat

Share

Hidangan Hari Raya takkan lengkap tanpa ada ketupat. Setiap negeri juga ada cara penyediaan ketupat yang tersendiri. Ketupat lemak manis ini antara yang menjadi kegemaran.

Ketupat Lemak Manis ini berupa gabungan beras pulut, beras pulut hitam dan juga kacang ketupat. Sedap dinikmati bersama aneka rendang. Sama ada rendang ayam, rendang daging atau rendang kerang dan lain-lain. Selain rasa pulutnya yang berlemak, ianya juga ada rasa kekacang yang menjadikannya bertambah enak.

Nak cuba buat? Apa kata ikuti resipi Ketupat Lemak Manis (gabungan pulut + pulut hitam + kacang ketupat) yang dikongsikan oleh Che Na Pokteh ini. Jom kita buat.

BAHAN-BAHAN:

2 ½ kg beras pulut (direndam selama 2 jam)

1kg santan

Sedikit pulut hitam (direbus hingga masak)

Kacang ketupat (direbus hingga masak)

Garam

Gula

CARA MEMASAK:

Beras pulut direndam selama 2 jam. 

Kacang ketupat direbus hingga masak.

Gaulkan pulut bersama pulut hitam. Selepas itu, kukus sehingga masak.

Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, gaulkan bersama santan yang telah dicampurkan dengan garam. (Sukatan agak-agak sahaja, jangan masin sangat.)

Setelah itu, kukus sekali lagi hingga masak.

Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan gula sehingga sebati. (Anggaran gula tak sampai sekilo, agak-agak saja mengikut selera masing-masing.)

Setelah sebati, baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.

Bungkuskan pula dalam daun palas.

Kemudian, kukus sekali lagi sehingga daun bertukar warna.

NOTA: Untuk ketupat lemak, tak perlu ditambah gula.

Dah siap Ketupat Lemak Manis. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Kredit: Che Na Pokteh

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN