Keropok Nasi

Share

Keropok nasi. Pernah makan atau pernah buat sendiri? Rupanya banyak yang kita boleh masak/buat menggunakan lebihan nasi sejuk yang tak habis makan. Asalkan tak basi. 

Biasanya nasi tak habis kita simpan dan kita masak nasi goreng. Tapi, banyak lagi masakan yang kita boleh buat dengan lebihan nasi.

Salah satu, adalah membuat keropok nasi. Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Arieza Rieza

di FB miliknya. Namun, menurutnya, dia peroleh resipi ini daripada puan Fauziah Khary. Katanya resipi ini dari Indonesia. Menarik kan?

Jom kita cuba buat sendiri. Boleh dijadikan kudapan untuk seisi keluarga.

KEROPOK NASI

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi sejuk –  rendam 1 jam

1 mangkuk tepung ubi / secukupnya

3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

1 sudu teh ketumbar

Sedikit daun bawang  – ambil yang hijaunya saja, hiris tipis

1 kiub ayam / stok ayam- boleh beli online di sini

Garam secukup rasa- boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Kisar nasi, bawang putih dan ketumbar sampai halus. Masukkan garam, irisan daun bawang, kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.

Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.Angkat dan potong nipis,

kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering. Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng. Enak dijadikan kudapan sambil menonton TV pada waktu lapang. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN