Orang kata, jiwa orang bisnes ni kental. Nampak ada betul kenyataan ini apabila pemilik nama Asmidar Hanan yang berasal dari Kelantan, tidak pernah serik berniaga walau banyak kali tersadung sehingga menanggung hutang puluhan ribu.
Pernah aktif berniaga dalam syarikat yang membuka bisnes sistem ejen namun dia kurang berpuas hati. Pernah juga membuka syarikat menyediakan servis menghantar parcel, namun entah di mana silapnya, kos ditanggung tidak berbaloi dengan untung.
“Saya pernah juga cuba jadi pemborong dan pengedar telur ayam tapi tak tahan dengan turun naik harga serta permintaan tidak menentu. Susah nak untung. Akhirnya, inilah yang saya buat iaitu menyediakan lokasi jualan bagi vendor di sekitar kawasan kediaman iaitu Hanan Khadeeja Vendors. Kedai saya ini lokasinya strategik. Justeru mudah menarik perhatian pelanggan asalkan produk yang dijual menarik hati pembeli. Selebriti Yoe Parey pun dah pernah sampai sini,” ujar Asmidar Hanan yang selesa dipanggil As.
Yoe Parey ialah jejaka dari Kelantan yang terkenal dengan lawak jenaka bersahajanya.
CEREWET DENGAN KUALITI
Sebelum mengambil produk vendor, As mengakui mencuba dulu produk tersebut. Jika kena dengan selera dia dan insan terdekat, barulah dia buat keputusan meletakkan produk itu di dalam kedainya.
Semakin hari, kedainya semakin mendapat perhatian masyarakat sekitar. Jualan produk-produk vendor semakin laris.
“Saya sangat bersyukur kerana ada vendor yang dah rasa duit bisnes lebih daripada gaji yang mereka dapat ketika bekerja dulu. Ada suri rumah yang mengakui pada awalnya hanya nak pendapatan sampingan saja. Namun nilai jualan banyak daripada yang disangka,” tambah As seronok berkongsi rezeki.
IKLAN
As mempunyai pelbagai perancangan jangka panjang untuk Hanan Khadeeja Vendors.
PELBAGAI DESSERT, PRODUK FROZEN & READY TO EAT
Menjadikan produk pencuci mulut atau dessert dan makanan sejuk beku sebagai daya tarikan, As ingin menjadikan Hanan Khadeeja Vendors sebagai one stop centre untuk masyarakat sekeliling mencari produk sedemikian. Malah kedai ini turut menyediakan makanan ready to eat seperti mihun sup, makaroni bakar, macaroni dan cheese, spageti dan daging harimau menangis.
Pelbagai kek dan manisan lain.Meriah!
“Hanan Khadeeja Vendors mempunyai pelbagai kerepek ubi, biskut raya, kuih kapit, kerepek nangka, kerepek sayur, cocojar, sambal garing, popcorn dan baulu rangup. Pelbagai variasi kuih-muih untuk sarapan dan minum petang juga ada,” katanya yang mengakui kedainya ini lubuk makanan bagi sesiapa sahaja yang lapar.
Makaroni bakar.Gebu betul!Buat minum petang syok ni kan?Haaaa pilih, pilih!
Tagline Dea masuk tok jupo jale tubik! sangat mencuit hati kerana membayangkan pelanggan yang masuk pasti terpesona dengan produk makanan yang dijual. Semuanya dijual menggunakan sistem pack and go, memudahkan pembeli untuk membawa pulang makanan yang dibeli.
“As turut menjual pelbagai produk sejuk beku misalnya kambing perap, popia carnonara dan keropok losong. Akan datang, As bercadang tambah freezer untuk meletakkan karipap frozen pula,” ceritanya yang mengimpikan lebih banyak freezer dalam kedainya untuk meletakkan lebih banyak produk jualan.
IKLAN
Mak oii sedap ni!Pelbagai produk sejuk beku.Yummy!Durian crepe sentiasa jadi pujaan ramai.
ADA PEMBANTU CEMERLANG
Sebagai empunya binses, As akui pentingnya mempunyai pekerja atau pembantu yang bagus. Menurut As, dia bersyukur kerana mempunyai pekerja yang sangat membantu urusan kedainya.
“Saya suka ambil pekerja yang ada pendidikan tinggi sekurang-kurangnya diploma atau ijazah. Ini kerana saya boleh nampak beza cara mereka bekerja dan menyelesaikan task yang diberikan. Pekerja As sanggup susah payah dengan As. Alhamdulillah, kerjasama ini sangat memberangsangkan. Daripada As hanya mampu bayar gaji hari, kini As boleh bayar gaji bulan,” tambah As.
As mempunyai perancangan jangka panjang terhadap Hanan Khadeeja Vendor. Telah melalui banyak kegagalan, As tidak mahu mengulangi kesilapan demi kesilapan yang pernah menghantui dirinya lagi.
“As banyak tanggung hutang atas kesilapan bisnes lampau. As ingin selesaikan sedaya upaya dan jadikan Hanan Khadeeja Vendors ni lokasi bisnes terbaik dengan bisnes yang betul. Pengalaman lalu membuatkan As tak meletakkan harapan kepada sesiapa pun. Banyak kecewa. Kini As hanya letakkan segala harapan dan kebergantungan kepada Allah. Hasilnya As lebih tenang walau ada hutang puluhan ribu. As tahu Allah akan tolong As langsaikan hutang selagi As berusaha,” tambahnya menutup bicara.
IKLAN
HANAN KHADEEJA VENDORS
ALAMAT:
Lot 3829 Hadapan Petronas Manal 1,
17500 Tanah merah kelantan
(Menghadap Petronas Manal 1)
WAKTU OPERASI:
Buka setiap hari dari pukul 10 pagi – 8 malam
Biskut mazola sekarang ni ada macam-macam bentuk. Tapi yang paling legend mestilah yang bentuk bulat siap berkacang di atasnya. Jom try buat. Nanti nak raya boleh buat.
CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan kering iaitu kacang, gula aising, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan mengikut acuan kesukaan. Sapukan kuning telur dan hias dengan lebihan kacang.
4. Bakar pada suhu antara 160°C hingga 180°C selama 20 minit.
Satu cara selamat dan tidak perlu berbelanja besar untuk tubuh sihat dan fit adalah melalui pengambilan makanan yang sihat dan bernutrisi secara rutin. Sebagai permulaan kita cuba beberapa resipi sihat yang disediakan oleh Nurul Izzah dan Asap Steamboot & Grill sebagai panduan untuk anda sediakan sajian keluarga di rumah.
IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU ALA THAI
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 batang serai | hiris serong
1/2biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
4 biji cili padi | ketuk
3cm halia | hiris halus
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu makan sos ikan
1/2 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
Garam, gula, dan perasa secukupnya
Daun ketumbar, daun bawang | hiris untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam periuk pengukus.
2.Sementara itu sebahagian bahan hirisan di dalam pinggan pengukus, kemudian letakkan ikan di atasnya dan taburkan lagi bahan hirisan yang tinggal.
3.Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair dan taburkan kiub pati ikan bilis.
4.Sebelum masukkan dalam pengukus tambahkan sedikit air.
5.Kukus lebih kurang 6-10 minit atau hingga ikan masak.
6.Sebelum angkat, masukkan air bancuhan tepung jagung, gula, perahan jus limau kasturi dan garam jika perlu.
7.Biarkan 1-2 minit kemudian angkat dan hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang.
8.Sedia dinikmati.
INFO CHEF:
Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili.
….
TAUHU BAKAR
i
BAHAN – BAHANNYA:
6-8 biji tauhu pok | saiz empat segi
1/2 biji sengkuan | parut halus
1/2 batang timun | buang ini tengah dan parut halus
1/2 batang lobak merah | parut halus
1/2 cawan tauge | buang ekor, celur seketika dan tos
2-3 biji cili padi | hiris jika perlu
BAHAN SOS:
1 cawan kacang tanah | goreng tanpa minyak & kisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
2 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
Garam, gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1.Panggang atau bakar tauhu dalam ketuhar atau di atas kuali biasa.
2.Belah empat tidak putus permukaan tauhu dan sumbatkan di dalamnya dengan campuran hirisan sayur tadi. Ketepikan
3.Sementara itu masukkan pes cili kering dalam periuk bersama sedikit air, air asam jawa, gula dan sedikit garam.
4.Didihkan hingga kuah pekat.
5.Sebelum angkat, pastikan rasa manis, masam dan masinnya cukup.
6.Tuangkan dalam mangkuk dan taburkan kacang tanah di atasnya. Atau boleh gaulkan sekali.
7.Hidangkan bersama tauhu bakar tadi.
INFO CHEF:
Selain tauhu bulat boleh juga guna tauhu biasa, tetapi goreng dan bakar dahulu sebelum disumbat.
…..
DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | bersihkan dan tos
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa
3cm belacan | bakar
Air suam secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
15 biji cili padi | dihiris halus
1 biji tomato | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
2.Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
3.Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
4.Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
5.Sementara itu siapkan air asam.
6.Bancuh asam jawa dengan air suami. Kemudian buang biji.
7.Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
8.Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
9.Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
10.Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
….
TOMYAM STEMBOAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SEAFOOD
1 ekor ketam | bersih dan toskan
100gm lala | bersih dan tos
100gm kerang | bersih dan tos
100gm kepah | bersih dan toskan
100gm pepahat | bersih dan toskan
BAHAN SAYURAN:
1 pokok sawi Fat Choy
1 biji tomato | belah empat
Sedikir hirisan cili benggala hijau, kuing dan merah
Cendawan jarum mas
1 biji bawang besar | hiris bulat
Seddikit minyak masak
Air stok ayam
2 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji tomatai,
4 biji cili padi | jika ingin lebih pedas boleh tambah
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 helai daun limau purut
2cm lengkuas
BAHAN TITIK:
2cm lengkuas
2 helai daun limau purut
2 batang serai | titik
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi.
2.Masukkan serai titik dan daun limau purut bersama air rebusan stok ayam secukupnya, kemudian biarkan tomyam mendidih lebih kurang 3-4 minit.
3.Lengkapkan rasa dengan jus limau nipis, garam dan perasa secukupnya,
4.Seterusnya masukkan ketam, udang dan bahan seafood yang lain.
5.Setelah bahan seafood masak, masukkan bahan sayuran.
6.Kecilkan api dan biarkan tomyam mereneh.
7.Taburkan hirisan daun ketumbar di dalam tomyam sebelum dhidangkan.
8.Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau aneka mi.
INFO CHEF:
Untuk lebih masam dan pedas boleh tambah cili dan jus limau nipis.
….
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG BERSAMA NANAS MADU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | bersih dan toskan
2 potong nanas madu | hiris nipis
1 kumtum bunga kantan | belah dua
4 tangkai daun kesum
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
1 keping asam keping
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan kisar, air asam jawa dan serai yang dititik dalam periuk.
2.Tambah air secukupnya dan biarkan mendidih.
3.Seterusnya masukkan ikan kembung, nanas, bunga kantan, daun kesum dan asam keping..
4.Biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
5.Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF:
Selain ikan kembung, ikan pari juga enak dimasak asam rebus.
…..
PECAL SAYUR
BAHAN-BAHAN:
150gm kangkong | potong 3cm
100gm kacang panjang | potong 2.5cm
150gm tauge | celur
1/2 batang timun | hiris memanjang
1/2 biji sengkuang | hiris memanjang
1 paket tempe | goreng dan potong dadu
1 keping tauhu | goreng dan potong dadu
BAHAN-BAHAN KUAH KACANG:
1.cawan kacang tanah | goreng tanpa minyak & kisar kasar
2.5cm belacan | bakar
10 biji padi | buang tangkai
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2cm cekur kecik | hiris
80ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air suam secukupnya | untuk membancuh
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih celur bahan sayur, mula dengan tauge, diikuti kacang panjang dan kangkong. Angkat dan toskan.
2.Potong sayur yang dicelur dan ketepikan bersama hirisan timun, sengkuang, temped an tauhu goreng.
3.Untuk menyediakan kuah kacang. Panaskan sedikit minyak, gorengkan hirisan bawang merah, bawang putih, cekur dan cili padi hingga layu. Kemudian angkat.
4.Bahan yang dgoreng ini dikisar hingga lumat bersama garam dan gula secukupnya.
5.Seterusnya masukkan air asam gaul sebati.
6.Akhir sekali masukkan kacang yang telah dikisar kasar. Gaul rata dan sebati.
7.Bancuh pes kacang dengan air suam sesuai dengan kepekatan yang diperlukan.
8. Masukkan sayur-sayuran di dalam pinggang dan hidangkan dengan kuah kacang.
INFO CHEF:
Untuk lebih pedas boleh tambah cili, begitu juga dengan isian. Boleh tambah telur atau mi.
…..
Sedapnya cupcake Coklat Moist Leleh ni. Nampak gebu dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudari Faziana Ebrhim, resipi kek cawan ni antara yang paling senang nak buat. Anda nak cuba? Jom lihat resipinya.
CARA BUAT CUPCAKE COKLAT MOIST LELEH
BAHAN-BAHAN KEK:
3 biji telur
3/4 cawan gula
3/4 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan air panas
1 cawan minyak masak
Sedikit esen vanilla
BAHAN TOPPING:
1 sudu makan serbuk koko
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
Cip coklat @ coklat rice secukupnya
CARA MEMASAK KEK: 1. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semua bahan. 2. Dalam bekas berlainan, pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan menjadi putih. ( jika tiada pemukul, boleh guna blender.) 3. Tambahkan susu pekat manis. Pukul @ kisar lagi. 4. Masukkan campuran tepung dan pukul @ kisar lagi hingga sebati. 5. Tambahkan minyak masak dan esen vanilla. Kisar sekejap. 6. Tuang adunan ke dalam bekas lain dan masukkan air panas, Gaul guna senduk sehingga adunan sebati dan tidak berketul. 7. Tuang adunan ke dalam cawan kertas. Panaskan periuk kukusan hingga naik wap dan kukus kek selama 15 minit.
CARA MEMASAK TOPPING: 1. Satukan serbuk koko, susu dan minyak masak. Sebatikan. 2. Masak guna kaedah double boil sehingga warna koko nampak berkilat. ( guna api kecil dan pastikan air mendidih terlebih dahulu).
3. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang topping. 4. Kek ini juga enak jika dimakan tanpa topping.