Kerabu Pucuk Paku, Salad Enak Ala Kampung

Share

Kerabu Pucuk Paku merupakan salah satu resepi kerabu yang sangat popular. Pucuk paku yang mudah dan berkhasiat seperti zat besi dan vitamin A.

KERABU PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN ASAS:

  • 2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
  • Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)

 

BAHAN TUMBUK:

  • 5 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
  • 1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)

BAHAN PERASA:

  • garam
  • gula
  • 6-7 biji perahan limau kasturi
  • serbuk perasa (pilihan)

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
  2. Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.

INFO: 

  1. Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
  2. Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adnilsam Apat

IKLAN