Makan

Kerabu Maggi Seafood Thai, Bagi Masam & Pedas Baru Syok. Makan Tak Cukup Sepinggan

Share

Kerabu maggi seafood ala Thai buat masam-masam dan pedas memang sedap. Nak jadikan kudapan atau makan malam pun sesuai. Makan macam ni memang tak cukup sepinggan.

Lagi sedap bila letak pelbagai jenis makanan laut seperti sotong, udang dan juga crab stick. Bagi masam dan pedas lagi membangkitkan selera.

Perkongsian daripada Ariana Sofia Ahmad ni memang nampak mengujakan. Paling penting ada mi segera dari Thailand barulah jadi!

RESEPI KERABU MAGGI SEAFOOD THAI

Maggi thai ni memang sedap bila buat kerabu maggi. Ni Ariana bagi resepi untuk korang cuba. Sedapnya macam duk negara sebelah

BAHAN-BAHAN:

Maggi thai 2 bungkus

3 ekor sotong sederhana dipotong kecik

8 ekor udang dibuang kulit

6 batang isi ketam dipotong 2@3

1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)

1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis

2 sudu besar cuka makan

2 sudu besar sos cili thai ( sos manis thai)

1/2 sk ajinomoto

1/2 sudu besar gula

1 biji tomato dipotong dadu

2 tangkai daun ketumbar di hiris halus(sedikit sahaja)

1 biji bawang merah dipotong dadu

4 biji cili padi dipotong kecik

1/2 batang lobak merah diparut halus

Kobis ungu di hiris nipis

Sos ikan 2 sudu besar

CARA MEMASAK:

  1. Bahan-bahan utama yang wajib
  2. Jangan lupa Maggi Thai Jenama, xda maggi ni tak jadi maggi thai
  3. Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit @ sehingga lembut
  4. Dah masak angkat dan toskan
  5. Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
  6. Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.
  7. Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas
  8. Perahkan air limau nipis ke dalam bekas
  9. Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam
  10. Masukkan sos ikan
  11. Masukkan sos cili thai
  12. Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing
  13. Akhir sekali masukkan semua rencah yang ada dalam maggi
  14. Sekarang gaul semua bahan bagi rata @ sebati.
  15. Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.
  16. Wahhh!! Tak sabar nak makan. Nak buat makan-makan bolehlah buat kerabu maggi. Simple, cepat dan sudah tentunya sedap

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN