Kerabu Maggi Ala Thailand, Confirm Kecur Air Liur

Share

Teringin nak makan kerabu. Buat kerabu maggi ni memang kecur liur. Perkongsian resipi daripada Cik Wan Kitchen ini pasti dapat mengubat rindu untuk merasa juadah kerabu maggi ala Thailand. Bahan-bahan juga mudah didapati. 

KERABU MAGGI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 bungkus Maggie Thai/Siam – beli online di sini
  • 1 biji buah tomato | dihiris – beli online di sini
  • 1/2 labu bawang besar Holland – beli online di sini
  • Sejengkal batang saleri
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 sudu sos ikan (jika suka) – beli online di sini
  • 1 sudu air asam limau (jika suka)
  • 2 paket rempah maggie siam (yang ada dalam paket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).

BAHAN LAUK:

  • Sotong
  • Udang
  • Fish cake
  • Crab stick
  • Fish ball

Cara membuat:

1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan maggi segera.


2. Masukkan 1 paket rempah maggi segera. Tunggu hingga mendidih.


3. Masukkan udang, sotong, kemudian diikuti dengan fish cake (hanya sekejap sahaja, rebus secara berasingan).


4. Keluarkan udang, sotong.


5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan maggi segera.


6. Apabila sudah lembut, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang kerana digunakan untuk dicampurkan dengan kerabu.


7. Masukkan kesemua bahan dan juga air rebusan di dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga semuanya sekata. Siap untuk dihidang!

Kredit resipi: Cik Wan Kitchen

Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:

https://www.rasa.my/resipi-kuah-bakso-sedap-guna-rencah-paling-mudah/

https://www.rasa.my/masak-sempena-hari-bapa-nah-resipi-mi-kari-netup-pong-pong-boleh-cuba/

https://www.rasa.my/cara-masak-nasi-minyak-sedap-macam-dekat-majlis-kenduri/

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

https://www.youtube.com/watch?v=dvxcqircQzw

 

IKLAN