Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang. Boleh Buat Air Rebusan Macam Ni

Share

Macam ni rupanya buat stok air rebusan. Nah…Siapa sangka, dari bahan buangan seperti kulit dan kepala udang, boleh diguna untuk membuat penambah rasa pada masakan. Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya guna sisa dari bahan masakan, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda. Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang

. Jom lihat cara-caranya.

CARA BUAT STOK AIR REBUSAN UDANG YANG SEDAP & JIMAT

BAHAN-BAHAN:

  • Kepala dan kulit udang
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.


2. Masukkan ke dalam periuk dan penuhkan air. Rebus.

3. Bila air rebusan tinggal separuh, padamkan api. Jika suka, boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu kemudian tapis untuk mengambil patinya.


3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk bekukan.


4. Untuk lebih mudah, biasanya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
5. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi GorengSup Sayur, Sambal Tumis, Bihun Sup dan macam-macam lagi.

Oh, ada satu tip tambahan buat anda. Kalau beli udang, terutamanya yang bersaiz besar, anda boleh bersihkan mengikut cara-cara ni.

Buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.

Kredit foto & resipi: Chef Sue M Arukin

 

Dapatkan lebih banyak petua-petua yang mudah & memudahan kerja anda di dapur di laman web RASA:

https://www.rasa.my/ini-tip-nak-hilangkan-lilih-pada-buah-mudah-sangat/

 

Tonton lebih banyak video TIP & TRIK di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN