Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Cantik Berkilat

Share

Ayam madu kesukaan bakal menjadi rebutan anak-anak. Hidangan yang cukup ringkas dan mudah untuk disediakan.

KEPAK AYAM MADU

  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu makan Madu
  • 2 sudu makan kicap manis pedas
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan minyak.

 

INFO:

  1. Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda.
  2. Guna kicap manis biasa sahaja jikan anak-anak tidak makan pedas .

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.

2. Masukkan ayam masak sehingga ayam bertukar warna jadi keperangan.*boleh guna kuali yang tak melekat  “Non stick pan

 

3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Masak sehingga kering ataupun likat.

 

4. Siap untuk dihidangkan.

KREDIT RESIPI & GAMBAR:Nana Sabrina Sarsan

ANDA MUNKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN