Ads

Begini Cara Buat Kentang Goreng Homemade Rangup, Tak Lembik

Kentang Goreng Homemade Rangup

Kentang goreng homemade rangup sememangnya menjadi kegemaran ramai, terutamanya anak-anak. Jika sebelum ini anda sering membeli kentang goreng ‘readymade’, apa kata cuba hasilkan sendiri di rumah. Selain lebih menjimatkan, anda juga dapat memastikan kebersihan, kualiti bahan serta perasa yang digunakan mengikut citarasa keluarga.

Ramai beranggapan membuat kentang goreng yang rangup seperti di restoran adalah sukar. Sebenarnya, dengan teknik yang betul, anda boleh menghasilkan kentang goreng yang garing di luar, lembut di dalam dan tidak mudah menjadi lembik walaupun selepas beberapa ketika.

Cara Buat Kentang Goreng Homemade Rangup, Tak Lembik

Bahan Diperlukan:

3 biji ubi kentang
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil garam
Air Sejuk
Minyak masak (untuk menggoreng)

Begini Cara Buat Kentang Goreng Homemade Rangup, Tak Lembik
Kentang Goreng Homemade Rangup

1. Pilih Kentang Sesuai

Mula-mula, kupas kulit kentang dan potong memanjang dengan ketebalan sekata, kira-kira 1 cm.

Sebaiknya pilih kentang jenis Russet kerana mempunyai kandungan kanji yang tinggi dan kandungan air yang rendah. Ciri ini membantu menghasilkan kentang goreng homemade rangup dengan bahagian luar yang garing serta bahagian dalam yang lembut dan gebu.

2. Bilas Hingga Air Jernih

Kemudian, bilas potongan kentang di bawah air sehingga air cucian menjadi jernih. Langkah ini membantu membuang lebihan kanji yang boleh menyebabkan kentang mudah melekat dan kurang rangup ketika digoreng.

Ads

3. Rendam Dalam Air Sejuk

Selepas itu, rendam kentang di dalam air sejuk yang dicampurkan dengan garam selama kira-kira 30 minit. Proses ini membantu menghasilkan tekstur yang lebih baik apabila digoreng.

4. Rebus Separa Empuk

Setelah direndam, tapis dan rebus kentang selama lebih kurang lima minit sehingga separa empuk. Jangan rebus terlalu lama kerana kentang boleh hancur ketika digoreng.

5. Keringkan Kentang

Lap kentang menggunakan tisu dapur sehingga betul-betul kering. Kelembapan berlebihan merupakan antara punca utama kentang menjadi lembik dan minyak mudah memercik ketika menggoreng.

Ads

6. Salut Dengan Tepung Jagung

Masukkan kentang ke dalam bekas dan gaul rata bersama tepung jagung. Tepung jagung membantu menyerap lebihan air pada permukaan kentang serta menghasilkan lapisan luar yang lebih rangup selepas digoreng.

7. Goreng Kali Pertama

Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Goreng kentang sehingga bertukar warna kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan.

8. Goreng Kali Kedua

Biarkan kentang sejuk seketika. Kemudian panaskan semula minyak dengan api yang lebih kuat dan goreng selama satu hingga dua minit sehingga benar-benar garing. Teknik dua kali goreng merupakan rahsia utama menghasilkan kentang goreng homemade rangup yang tahan lebih lama tanpa cepat lembik.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

9. Hidang Dan Nikmati

Angkat kentang, toskan lebihan minyak dan taburkan garam atau serbuk perasa kegemaran pada kentang goreng rangup homemade ini sebelum dihidangkan.

Begini Cara Buat Kentang Goreng Homemade Rangup, Tak Lembik
Kentang Goreng Homemade Rangup

Petua Tambahan Supaya Kentang Goreng Homemade Rangup

  • Gunakan minyak yang benar-benar panas ketika gorengan kedua.
  • Jangan masukkan terlalu banyak kentang dalam satu masa supaya suhu minyak kekal stabil.
  • Pastikan kentang benar-benar kering sebelum disalut tepung dan digoreng.
  • Jika ingin disimpan, goreng kali pertama sahaja, sejukkan dan bekukan. Goreng kali kedua apabila ingin dihidangkan.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menyediakan kentang goreng homemade rangup yang sedap, tidak lembik dan setanding dengan kentang goreng di restoran. Selamat mencuba!

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Nasi Goreng Daging Sedap: Resipi Mudah, Padu & Membuka Selera

Nasi Goreng Daging yang sedap, mudah dan membuka selera. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak supaya nasi goreng lebih beraroma, daging empuk dan hasilnya memang padu.