Kek Sarang Semut adalah salah satu dari kek tradisional yang menjadi kegemaran ramai masa hari raya. Dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Semua sukakan rasanya. Nak buat pun tak susah. Bagi anda yang nak cuba buat kek ini tetapi tak ada ketuhar? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Ella Suhaila ini. Hanya masak guna pemanggang ajaib. Memang mudah! Hasilnya pun nampak sempurna. Jom cuba!
RESIPI KEK SARANG SEMUT / GULA HANGUS
BAHAN GULA HANGUS:
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar margerin atau mentega – beli online disini
CARA-CARA:
1. Buat gula hangus. Bila gula dah cairatau perang,masukkan air panas (hati-hati nanti gula melompat @ merecik)
2. Bila dah mendidih, masukkan margerin atau mentega. Sebatikan dan padam api.
CARA MEMASAK:
1. Kacau sebati telur,susu, esen vanilla & soda bikarbonat. (empunya resipi hanya kacau guna garfu je. Kacau-kacau manja, pusing 1 arah).
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau sampai tepung sebati.
3. Masukkan gula hangus yang masih panas dalam adunantepung dan kacau lagi.
4. Lapik dasar pemanggang ajaib dengan aluminium foil. Oles sedikit margerin pada aluminium foil.
5. Tapis adunan ke dalam pemanggang. Bakar menggunakan api kecil selama 20-30 minit atau hingga kek masak.
6. Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Ads
Gandakan adunan supaya kek memenuhi pemanggang ajaib.
Adunan tidak perlu diperap.
Bakar hanya menggunakan pemanggang ajaib. Guna api kecil sahaja.
Bila tibanya Ramadan, pasti ramai yang tercari-cari resipi biskut raya mudah yang boleh dibuat dan disajikan untuk tetamu di hari raya nanti. Salah satu yang paling berbaloi untuk dicuba ialah Cornflakes Crunchy Cookies ni. Jom cuba!
RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes – diramas kasar
200gm mentega – suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega selama 5 minit. Kemudian masukkan telur. Boleh pukul guna whisk (pemukul tangan).
2. Kemudian masukkan campuran tepung ( gandum & jagung), cornflakes dan baking powder. Gaul sebati.
3. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10 minit.
4. Oles nipis permukaan loyang dengan menggunakan mentega.
5. Kemudian sudukan sedikit adunan pada loyang. Lakukan hingga habis adunan.
6. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
7. Bila masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Coklat Lava ini asalnya daripada kek yang tidak masak. Jadi, kalau terlebih masa masak, akan jadi kek coklat biasa. Nak membuat kek coklat lava ini kena try and error. Kena pandai kawal suhu oven.
KEK COKLAT LAVA
.
BAHAN ADUNAN COKLAT MENTEGA
100 gram dark coklat jenis compound coin
5 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT ADUNAN COKLAT MENTEGA
1. Double boil dark coklat dan mentega. Boleh juga guna microwave lagi senang.
BAHAN LAIN
2 biji telur ayam
1 biji telur kuning sahaja
3 sudu besar gula
2 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Whiskkan telur ayam dan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan ADUNAN COKLAT MENTEGA dalam telur.
3. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk koko dan kacau sebati.
.
.
.
4. Sapu minyak atau mentega kat tepi bekas. Masukkan adunan dalam bekas.
.
5. Panaskan oven api atas bawah 200 degree terlebih dahulu.
6. Bakar untuk 10 minit. Pastikan bahagian atas dah kering namun bahagian dalam masih basah lagi.
7. Tutup api oven dan biarkan coklat lava dalam oven untuk 5-8 minit untuk set.
8. Terbalikkkan coklat lava atas pinggan dan tabur gula aising. Sedia dihidang.
TIP EKSTRA!
A. Boleh guna bekas mufin atau cupcake. Guna bekas aluminium foil pun boleh. Guna bekas Ramekin lagi bagus.
B. Boleh masak guna air fryer. Suhu 180 degree untuk 5 minit sahaja.
Aneka resipi biskut raya berasaskan coklat yang bakal menjadi rebutan kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan manis, gabungan coklat dalam biskut dilihat sangat menyelerakan! Jom cuba. Pasti raya anda nanti jadi lebih meriah.
1. COKLAT BADAM
BAHAN-BAHAN:
250gm coklat susu compound
50gm pes kacang hazel
Badam jejari secukupnya |dipanggang
CARA MEMASAK:
Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.
Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.
Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.
2. BISKUT BADAM SALJI
BAHAN A:
250gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
50gm sebuk badam
BAHAN B:
350gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm tepung susu
40gm tepung jagung
Sedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.
Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.
Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.
Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.
Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.
3. BISKUT NESTUM RANGUP
BAHAN-BAHAN:
80gm gula perang
125gm mentega
180gm tepung gandum
20gm nestum
50gm chocolate chip
2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit coklat masakan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli adunan hingga sebati.
Masukkan doh ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi bulat.
Susun di dalam loyang pembakar yang sudah dilapikkan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 170 C selama 10 minit. Sejukkan.
Apabila sejuk, paipkan dengan coklat masakan di atasnya dan biarkan sejuk.
4. BISKUT HATI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
60gm gula aising
125gm tepung gandum
80gm tepung jagung
2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
1 bar coklat masakan
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
Satukan mentega bersama gula aising dan pukul hingga kembang.
Masukkan telur bersama esen vanila. Kacau sebati.
Masukkan susu tepung bersama tepung kemudian pukul lagi hingga menjadi adunan.
Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk hati. Susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit.
Cairkan coklat masakan secara ‘double boiler’ dan celupkan separuh biskut ke dalam coklat. Sejukkan.
Info Chef: Pastikan biskut disejukkan terlebih dahulu selepas dibakar kemudian barulah dicelupkan ke dalam coklat masakan.
5. COCO CRUNCH BERSALUT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
200gm bijirin coco crunch
150gm bubble rice
1 bar coklat masakan
CARA MEMASAK:
Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.
6. LIDAH KUCING COKLAT KEJU
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
170gm gula kastor
100ml putih telur
170gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm serbuk koko
1/4 sudu makan emplex
1 sudu teh coklat emelco
Sedikit keju cheedar |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayak tepung, serbuk koko dan juga emplex. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.
Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaul hingga rata.
Masukkan campuran tepung dan gaul sekali lagi hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Taburkan keju cheddar di atasnya.
Bakar dalam ketuhar ada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.
Info Chef: Adunan lebih mudah dimasukkan ke dalam beg piping dan kemudian dipaipkan ke dalam acuan lidah kucing.
7. PRETZEL COKLAT MINI
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
120gm gula aising
100ml telur
50ml susu UHT
10 gula kastor |yang telah di gaul dengan vanilla
450gm tepung
10gm serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk badam |untuk hiasan
Sedikit coklat masakan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula aising dan telur hingga kembang.
Kemudian masukkan susu UHT, gula kastor, tepung dan juga serbuk koko.
Gaulkan hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi seperti pretzel.
Bakar pada suhu 150 selama 15 minit dan sejukkan.
Celupkan dalam coklat yang telah di cairkan menggunakan kaedah double boiler, kemudian taburkan dengan serbuk badam.
8. BISKUT COKLAT CIP
BAHAN A:
30gm gula castor
120gm gula perang
120gm mentega
125ml minyak jagung
1 biji telur gred B
¼ sudu teh garam
½ sudu teh susu segar
½ sudu teh esen vanila
BAHAN B:
240gm tepung gandum |diayak
3 sudu teh serbuk koko |diayak
3 sudu teh tepung jagung |diayak
½ sudu teh tartar krim |diayak
½ sudu teh soda bikarbonat |diayak
120gm badam
200gm coklat chip
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dengan spatula.
Kemudian masukkan badam dan juga coklat chip. Sebatikan.
Sudukan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan kertas minyak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 20 minit.
Info Chef: Jika tidak sukakan badam, anda boleh juga menggantikannya dengan walnut atau jenis kekacang lain yang menjadi kesukaan anda.
9. BISKUT SYILING COKLAT CIP
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
170gm gula kastor
100gm putih telur
170gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm serbuk koko
1/4 sudu teh emplex
1 sudu teh coklat emelco
Sedikit coklat chip |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk koko dan emplex. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukan putih telur sedikit demi sedikit.
Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaulkan hingga rata.
Masukkan campuran tepung dan gaulkan sekali lagi hingga sebati.
Masukkan ke dalam beg piping dan paipkan di atas acuan khas. Taburkan coklat cip di atasnya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.
10. SAMPERIT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
80gm gula aising
80gm tepung kastard
125gm tepung gandum
1 biji kuning telur
3 sudu makan serbuk koko
Sedikit esen vanilla
Sedikit coklat urai |untuk hiasan
Sedikit coklat masakan |dicairkan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
Kemudian masukkan kesemua jenis tepung dan uli hingga sebati.
Canai adunan nipis dan potong memanjang.
Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit dan sejukkan.
Apabila sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dan taburkan dengan coklat urai.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rahsia mak-mak moden! Ketahui cara buat stok bahan kisar homemade yang tahan 3 bulan, jimat masa dan kekal wangi macam baru kisar. Sesuai untuk kerja harian yang sibuk!