Kek Sarang Semut Kukus Sempurna Kejadian, Memang Ketagih Nak Makan

Share

Ada yang dah lama tak buat kek, tiba-tiba mood baking datang. Bolehlah buat projek mengejut, bila lama tak buat tiba-tiba teringat.Bestnya kek ni bahan mudah, tak perlu nak selongkar mixer bagai. Rasa pun sedap, memang gerenti berulang kali makan.

KEK SARANG SEMUT
Bahan-bahan:
1 cawan gula


1 cawan air panas
2 sudu besar butter-BELI ONLINE DI SINI
4 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan susu pekat (saya letak 3/4)
1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu kecil soda bikarbonat

TONTON GERENTI JADI: Resipi Scones Kelapa

Cara membuat:
1.Cairkan gula sehingga keperangan. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati. Masak sehingga cair sepenuhnya. Tutup api.
2.Masukkan butter. Kacau hingga butter cair. Ketepikan.


3.Dalam bekas lain, pukul telur perlahan, tidak perlu sampai kembang.
4.Masukkan esen vanilla dan susu pekat. Kacau hingga sebati.

5.Masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Kemudian masukkan gula karamel tadi, kacau sebati. Rehatkan 15-20 minit.
6.Panaskan pengukus. Sapukan butter/ minyak pada loyang/acuan. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan.

7.Kukus selama 45 minit ke 1 jam. Sejukkan baru dipotong. Siap untuk dihidang.


Kredit: #norfazidagda #zida2004

IKLAN